Archive for 17 Mei 2009


IMG_2479Ahad malam isnin (10 Mei), saya hadir dalam ceramah sempena majlis silaturrahim buat siswa-siswi baru Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah.

Saya berbesar hati menerima pelawaan adik-adik di sana tanpa menetapkan secara khusus apa isi kandungan ceramah itu sebenarnya.

Saya memulakan ceramah lebih 2 jam itu dengan menceritakan panjang lebar sejarah manis kelahiran Maahad Tahfiz al-Quran pada 12 Jun 1995. Jauh sebelum itu, saya mengingatkan mereka tentang budi dan jasa para huffaz Sabah terdahulu yang memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya MTQQNS ini.

Secara terperincinya, dua tokoh yang utama ialah Datuk Hj Asmali Bachi dan Datuk Hj Mokhtar Rapok – kedua-duanya masih hidup dan kini berkhidmat kontrak di Masjid Negeri Sabah.

Sudah tentu di sana terdapat ramai lagi tokoh-tokoh yang turut berperanan sama, tetapi sengaja saya menonjolkan doa tokoh ini sebagai orang lama yang telah menghafaz al-Quran di Sabah.

IMG_2478Setelah berkisah panjang tentang sejarah awalnya, saya melontarkan pandangan pula untuk diri mereka, bagaimana menjadi penghafaz al-Quran yang baik, daripada segi akhlaknya, penampilannya, dan kaedah menghafaznya.

Sudah tentu kepada ramai huffaz, masing-masing mempunyai kaedah tersendiri, dan saya juga memberi beberapa pilihan kepada mereka kaedah-kaedah yang sesuai menurut kemampuan masing-masing.

Daripada segi akhlak dan penampilan, cukuplah sebutan Sayyidatina Aisyah RHA tentang diri Rasulullah SAW bahawa akhlak baginda ialah al-Quran.

Kepada kesemua siswa-siswi MTQQNS yang baru, selamat menyertai dunia tahfiz. Semoga sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT, bersabar dengan cabarannya serta bersungguh-sungguh menghadapinya.

Insya Allah, Allah akan menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong dalam menegakkan agamaNya.

IMG_2460

9-10 Mei lalu berlangsung kursus berkenaan bagi siri ke-6 di Masjid at-Taqwa, Keningau dengan penyertaan 80 peserta.

Antara tajuk dan modul yang dibincangkan dalam kursus dua hari itu ialah aqidah (Ust Hj Sulaimin Musinin), Ibadah (Ust Abd Razak Hamdin), Akhlak (Ust Abd Razak Hamdin), Hubungan Dalam Keluarga (Ust Harun Rambe), Perkahwinan dan Prosedur (Ust Firdaus Takapan).

IMG_2463Sementara pada hari kedua, tajuk yang disampaikan ialah Pengurusan Kewangan dan Masa (Ustazah Haznah Md Yacob), Pengurusan Kesihatan (Dr Md Nazri Daud), Komunikasi Suami Isteri (Ustazah Mazhani Md Zin), Pengurusan Stres dan Konflik (Ust Sobri Othman), Perkhidmatan dan Rundingcara di JHEAINS (Ust Zaki Laumin), Pembubaran Perkahwinan (Ust Zaki Laumin) dan Poligami (Ust Harun Rambe).

IMG_2459Hasil daripada kursus ini mudah-mudahan memberi pendedahan dan maklumat yang berguna kepada para peserta dalam melayari rumahtangga kemudian hari.

Dalam masa yang sama, para peserta juga diharapkan agar menambah ilmu pengetahuan masing-masing khususnya dalam hal ehwal kekeluargaan.

IMG_2466Tidaklah memadai ilmu-ilmu berkenaan dapat dihadamkan dalam tempoh kursus itu semata-mata, melainkan ia hanya sebagai satu pendedahan yang berguna kepada semua.

Orang-orang bujang yang hendak berkahwin boleh menghubungi pejabat JHEAINS di daerah masing-masing untuk mengetahui jadual kursus pra perkahwinan berikutnya.

IMG_2469

%d bloggers like this: