Archive for 25 Mei 2009


TAMU AHAD TENOM

Sebelum pulang, saya singgah sekejap di tamu pekan Tenom. Adalah sedikit sayur dan buah dibawa balik buat ole-ole ke Kota Kinabalu.

IMG_3135

IMG_3136

IMG_3138

IMG_3143

IMG_3126Ceramah terakhir dalam siri Jaulah Dakwah Fardiyyah ialah tazkirah subuh di Masjid Syeikh Abdullah Ladang Sapong. Lokasinya kira-kira 18km dari Pekan Tenom ke arah Kemabong – Sipitang.

Sekali lagi saya terlambat tiba kerana perut meragam.

Walaubagaimanapun, jamaah yang hadir setia menanti apabila dimaklumkan yang hadir ini dari Kota Kinabalu. Malah saya dimaklumkan, mereka beriktikaf di masjid sejak Isyak dan tidur di masjid untuk menanti subuh dan kuliah saya sesudah itu.

Masjid Syeikh Abdullah ini mula diasaskan pada 1976. Saya ada juga menanyakan kepada mereka siapa Syeikh Abdullah ini. Rupanya ia bukanlah tokoh mana-mana kampung atau daerah. Ia hanya kebiasaan mereka menamakan masjid dengan nama sebegitu.

Tazkirah terakhir ini saya fokuskan masalah aqidah, khususnya ayat daripada surah Yasin :

“Pada hari ini, Kami kunci mulut mereka; tangan mereka bercakap-cakap dengan kami dan kaki mereka pula menjadi saksi atas apa yang telah mereka lakukan (di dunia dahulu)”.

Daripada perbualan saya dengan imam Abd Rahim Ahmad selepas ceramah – kerana ada sesi bersarapan selepas ceramah -, saya merasakan mereka benar-benar terasa kekurangan tenaga pendakwah dan aktiviti ceramah khususnya.

Di kawasan ladang kelapa sawit itu, ada lebih kurang 40 keluarga muslim tidak termasuk pekerja ladang dari Indonesia kerana mereka sering bertukar setiap 2 tahun. Sementara bagi keseluruhan kawasan Sapong ada kira-kira 500 orang Islam.

Di sini majoritinya beragama kristian SIB dengan nisbah 3 orang kristian bagi setiap muslim. Imam Abd Rahim sehingga menghantar saya pulang ke kereta, berkali-kali memohon saya hadir lagi atau mengikhtiarkan penceramah datang ke sana.

IMG_3104

Menjelang maghrib, bergerak pula ke masjid berkenaan yang menghala arah ke Keningau sekitar 17km dari Pekan Tenom. Teman seperjalanan, Umar mengakui belum pernah ke masjid ini yang terletak ke dalam sedikit dari jalan utama.

Kami terlewat tiba kerana tersesat dan keadaan pula semakin gelap ditambah lagi bekalan elektrik yang terputus. Setiba kami, jamaah masjid yang saya anggarkan sekitar 40 orang sudah menanti.

Masjid ar-Rahim Kg Jawa Sembiling ini dibina pada tahun 1972, pada zaman pemerintahan kerajaan USNO. Separuh masa ceramah berkenaan berlangsung dalam keadaan separuh gelap. Hanya disinari beberapa lampu kecemasan, tetapi itu bukan alasan untuk membatalkan program yang sudah diatur.

Tazkirah berkisar tentang pendidikan anak-anak menurut Islam. Ia bermula dengan pemilihan pasangan yang benar dan tepat, mengazan dan mengiqamatkan bayi, tahnik, nama yang baik, cukur rambut, aqiqah, sehinga akhirnya ia mendapat pendidikan yang sebenarnya.

Tiada yang lebih menggembirakan apabila seorang anak boleh mendirikan solat, pandai mendoakan orang tuanya serta mempunyai pekerti yang mulia.

IMG_3109

%d bloggers like this: