img_1837

img_1811Salah satu aktiviti para saudara kita di kampung ini ialah kelas tarbiyyah pada setiap hujung minggu. Kelas ini dipimpin oleh seorang guru agama yang tidak asing lagi di kampung ini iaitu Ustaz Rustamin (pengacara).

img_1820Setiap sabtu dan ahad, lebih 100 peserta akan hadir di dalam kelas yang diadakan di bangunan Sekolah Agama Negeri (SAN) Kg Timbua.

Mereka akan didedahkan dalam perkara fardhu ain seperti aqidah, feqah dan akhlak serta pengajian asas al-Quran.

Ketika kami hadir sabtu lalu di kampung berkenaan, Tuan Hj Ayub Abd Rahman Abdullah telah mengisi satu slot selama 2 jam, bercerita tentang keindahan Islam, pengalaman hidup di dalam kristian dan Islam serta pandangan-pandangan beliau terhadap masalah-masalah aqidah yang melanda umat Islam hari ini.

img_1834Dalam tempoh 2 jam itu, jelas Hj Ayub begitu bersemangat sekali khususnya apabila menjawab persoalan-persoalan hadirin khususnya para saudara kita ini.

img_1823Satu kekuatan yang saya perhatikan dalam mana-mana kelas untuk saudara kita ini, ialah kesungguhan mereka untuk mempelajari dan memahami Islam, sehingga mereka terpaksa membawa anak kecil bersama-sama.

Doa kami semoga mereka dan kita semua ditetapkan iman dan aqidah di dalam agama Islam yang tercinta ini.

 img_1825

img_18261