Archive for 4 Mei 2009


img_1798Skuad kali ini diperkukuhkan dengan kehadiran salah seorang sifu kami, yang menjadi rujukan kami bertanya iaitu Tuan Hj Ayub Abd Rahman Abdullah.

img_1785Saya bukanlah orang yang terlalu mengkagumi individu.

Tetapi ada baiknya jika kita mengambil iktibar dengan kegigihan para pendakwah seumpama beliau, yang sudah berumur 63 tahun ini tetapi masih gagah meronda Malaysia menyampaikan risalah Islam.

Sebagai orang yang pernah menjadi paderi besar dan boleh mengampun dosa manusia tanpa had pada zaman jahiliyyahnya, beliaulah orang yang tepat untuk menjawab dan menghuraikan persoalan agama kristian.

img_17901Ini kerana, terdapat umat Islam yang jahil mengkagumi agama selain Islam, dan menganggap semua agama adalah sama saja.

Selain itu, turut serta beberapa pensyarah UMS yang membantu membuat kajian tentang perkampungan ini serta beberapa siswa siswi yang bertindak sebagai fasilitator.

Sementara Hj Ayub membuat muqaddimah tentang asas Islam dan Kristian yang jelas mencuri tumpuan lebih 150 peserta, selebihnya diisi oleh Ust Md Khidir yang bekerja keras dan saya sendiri mengambil satu slot.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Ayub, Chegu Jamil, Ust Khidir, Sdr Nordin Saad, Ust Arbaen, Ust Hakim, Supardi dan Mirwandi.

img_1886Khusus penghargaan buat generasi pelapis daripada PSS & UMS – Azizul Julirin, Jubair Juhinin, Rita Radin, Nurul Insyirah Suhoto dan Asma Baadu yang menawarkan diri mereka sebagai fasilitator dan bersama-sama kami di kampung ini.

Kepada pihak tuan rumah, Ust Shahnizan Ishak, Ust Abd Aziz Muji, Cikgu Saripan Muji, Sdr Matsatia Odi dan tidak lupa pakcik driver Kaimin Maja yang sudi menjemput dan menghantar pulang – terima kasih atas jasa baik walaupun hanya sempat bersama sekadar semalaman.

Teristimewa buat adik-adik di sana khusus peserta yang terlibat, ingatlah segala pesanan kami semua terutama tentang kewajiban mempertahankan aqidah Islam yang ada di dalam diri kita masing-masing. Jangan mudah terpedaya dengan anasir negatif yang cuba mengganggu gugat aqidah umat Islam.

img_1805Begitu juga kewajiban yang berbentuk rukun seperti solat dan puasa, juga kewajiban berakhlak mulia sama ada kepada ibu bapa, guru, rakan sama ada Islam atau tidak hendaklah dipraktikkan bersungguh-sungguh.

Jadilah penganut Islam yang baik sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja. Ketika sendirian dan beramai-ramai, siang dan malam, dalam semua situasi.

img_1802Memang kenangannya tetap ada, apabila sebahagian slot berjalan tanpa sokongan generator elektrik, dalam masa yang sama sesekali lokasi keputusan air dan sebagainya. Insya Allah pertemuan dan perpisahan yang bertunjangkan aqidah dan kerana Allah akan dinaungi olehNya. Semoga kita bertemu lagi.

 

img_1806

img_1894

img_1901

img_1906

img_1767Kami tiba di Masjid asy-Syarif Kg Timbua sekitar jam 12.20 tengahari. Dalam rundingan awal, saya diminta menjadi khatib.

Tetapi spontan saya mengutarakan agar Ust Junaidi Saip @ Paumat, senior kami di SMAI TPHR dahulu dibawa bersama.

img_1752Ust Junaidi merupakan orang Kg Tagudon Lama, Kundasang. Anak jati dusun, yang mengaji di KUSZA (94-97) dan kemudian di UKM dalam Pengajian Islam (1998-2000).

Ust Junaidi yang saya ketahui sering berceramah dalam bahasa dusun, tetapi berkhutbah dalam bahasa dusun merupakan pengalaman pertamanya. Bagi saya, ini merupakan satu percubaan dan pendedahan yang baik, khususnya agar dakwah kita sampai kepada sasaran.

Dalam arena khutbah dan khatib pula, Ust Junaidi sering naik khatib di Masjid SMK Kolombong, Inanam tempat beliau bertugas. Naik ke mimbar dengan membawa laptop sekali. Demikian saya dimaklumkan.

img_1756Kembali cerita di Masjid asy-Syarif itu.

Penduduk di sana hampir 100% berbangsa dusun, kecuali saja beberapa guru dari semenanjung dan staf luar dari Ranau. Saya perhatikan, masjid sesak dengan jamaah sehingga melimpah keluar.

Rasanya ruang dalam masjid itu hanya dapat menampung sekitar 70-80 orang, sedang yang hadir lebih 100 jamaah.

Jamaah terdiri daripada masyarakat Islam yang bukan sahaja tinggal di kampung Timbua ini tetap juga dari kampung berdekatan.

img_1757 Setahu saya sepanjang jalan ini, hanya di sini ada mendirikan solat jumaat.

Ust Junaidi dalam khutbahnya menekankan soal keimanan yang menjadi teras dalam kehidupan orang Islam.

Selain rukun, ayat al-Quran dan hadith yang dibaca dalam bahasa Arab, selain itu khutbah beliau diselang seli dalam bahasa Melayu dan Dusun yang menjadi bahasa perantaraan masyarakat tempatan di sini.

Sebagai staf JHEAINS daripada Unit Penyelidikan dan Informasi, saya mengambil kesempatan ke mari dengan turut mengedarkan taqwim solat dan Buletin JHEAINS. Mudah-mudaha bermanfaat.

img_1738Lokasi : Jalan masuk ke Kg Timbua, Ranau

Jumaat dan sabtu, bersama beberapa rakan, kami ke Kg Timbua mengisi program untuk pelajar sekolah dan orang kampung. Ini kali kedua hadir ke sana, dan kali pertama hujung tahun lalu.

Memang ada projek untuk membuat jalanraya aspal, tetapi nampaknya terlalu lambat. Apakah ia semata-mata beralasan struktur muka bumi tempat berkenaan, atau masalah wang pendahuluan projek menjadi halangan, wallahu a’lam.

Khabarnya jalan yang ada sudah berusia puluhan tahun, mungkin sejak 60an atau 70an lagi. Itu yang disebutkan oleh beberapa penduduk kampung kepada saya sendiri.

Selain masalah jalanraya, kampung-kampung di dalam ini sehingga ke hujung yang memakan masa berjam-jam lagi perjalanan darat, juga punya masalah bekalan air yang sering terputus, bekalan elektrik sekadar guna generator 6-12 malam yang dibekalkan oleh SESB, juga masalah coverage talian telefon bimbit yang hampir 100% tiada dan telefon talian sendiri.

img_1734Cuba sekali, PM Najib duduk semalam bersama rakyat dengan keadaan begitu, tanpa tilam yang empuk, bekalan air dan api yang tidak sempurna.

Jangan lupa, pergi ke sana guna kenderaan marhaen seperti perodua kancil, kelisa atau proton wira yang dipandu sendiri tanpa eskot. Jangan pula naik helikopter.

Bukankah PM Najib hendak mendahulukan rakyat?

%d bloggers like this: