Archive for 23 Mei 2009


IMG_3070Maghrib jumaat, saya menyampaikan tazkirah di Masjid Hidayatulah Perumahan Kallang.

Saya ditemani oleh seorang anak muda, Umar namanya – bekas pelajar SMAI Toh Puan Hjh Rahmah. Kami tiba ketika solat maghrib baru didirikan. Suara imamnya bagus sekali.

Masjid ini belum setahun usianya. Ia mula digunakan pada bulan Ramadhan lalu dan kapasitinya sekitar 150 orang. Di masjid ini saya tazkirah tentang sebuah hadith Rasulullah SAW :

“Islam datang dalam keadaan ganjil dan kembali dalam keadaan ganjil. Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil itu (yang beramal dengan Islam pada saat orang lain meninggalkannya)”.

IMG_3078Menjelang isyak, saya pohon diri kerana ada satu lagi tazkirah selepas solat Isyak di Surau Islamiyyah Kg Jawa Uloi. Suraunya walaupun nampak kecil tetapi diimarahkan. Sebelum saya hadir pun sudah ada kuliah selepas maghrib.

Surau ini tidak jauh dari masjid terdahulu. Serba salah juga mengenangkan apabila masjid Hidayatullah ada menyediakan jamuan sedangkan saya terpaksa bergegas ke surau berikutnya.

Di surau ini pula, saya bercerita tentang kesyumulan Islam, khususnya dalam soal ibadah – ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat.

Walaupun sedikit letih, saya merasa gembira kerana dapat berkunjung dan berkongsi ilmu yang amat sedikit ini.

IMG_2981Selesai solat fardhu Jumaat di Masjid ar-Rahman Pekan Tenom, saya menyinggah ke Pejabat JHEAINS Tenom yang terletak dalam Bangunan Urusetia  Daerah Tenom.

Pejabat JHEAINS Tenom diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) Ustazah Zatulliffah Md Aslie sejak julai 2008. Staf pejabat terdapat 16 orang termasuk imam qaryah seramai 10 orang.

Ustazah Zatullifah merupakan lepasan Maahad Tahfiz Sabah (1998-2000). Sebelum ke Tenom, beliau bertugas di JHEAINS Keningau selama 2 tahun.

IMG_2985Saya mendapat reaksi yang baik daripada beberapa orang awam berkenaan PPTA yang baru ini.

Kerjanya lebih kemas dan teratur dan banyak aktiviti telah dianjurkan khususnya dalam soal pemantapan aqidah golongan saudara kita.

Dalam keadaan umat Islam hanya sekitar 30% di sini (demikian saya dimaklumkan), penekanan soal amal islami dalam diri umat Islam perlu ditekankan.

Begitu juga dalam soal-soal penyebaran dakwah kepada yang belum lagi memeluk Islam. Semoga JHEAINS Tenom berjaya.

%d bloggers like this: