Archive for 18 Mei 2009


IMG_2531Setiba di Tawau, kami disambut oleh pihak penganjur khususnya bahagian pengangkutan.

Ada bas menanti, cukup untuk menampung serombongan kami dari Kota Kinabalu.

Walaubagaimanapun, saya bersama Cikgu Hamid terpaksa berdiri memandangkan laluan tengah bas dipenuhi dengan beg masing-masing.

Perjalanan bas sekitar 40 minit ke bandar Tawau dengan keadaan berdiri mengengkang, menyebabkan rasa kejang di paha terasa sampai sekarang.

Tiada acara khusus sebelah malam setelah menghantar  guru PASTI ke Hotel De Choice melainkan melepak makan di sebuah restoran di bandar Tawau.

Menjelang 1 pagi, kami dikejutkan dengan panggilan dari hotel, seorang guru PASTI dari Tawau terkena histeria. Dua kereta kami bergegas ke bilik yang dimaksudkan.

Oleh kerana kepakaran sekadar bertaraf amatur, dalam keadaan tergesa-gesa itu sempat juga menghubungi ust Sabri di KK tentang bacaan asas yang hendak ‘ditiup’ ke telinga cikgu berkenaan.

Mujur juga keadaannya tidak terlalu serius kerana selepas dibacakan beberapa ayat khususnya ayatul Kursiy beberapa kali, dengan izin Allah, cikgu berkenaan pulih sedia kala.

Alhamdulillah. Selepas ini para guru kena kursus hal ehwal jin la pulak!

IMG_2520Dari Kota Kinabalu, guru PASTI seramai 25 orang bertolak ‘terbang’ dengan pesawat Air Asia yang tertunda 25 minit daripada jadual asal pada jam 4 petang.

Ada suatu peristiwa yang menimbulkan rasa sedikit geram tetapi lucu juga mengenangnya, apabila dua daripada 25 orang guru berkenaan tidak melakukan pendaftaran masuk (check in) di kaunter.

IMG_2523Setahu saya mereka sudah datang awal ke terminal 2, duduk-duduk santai.

Apabila ditanya rakan mereka, jawab mereka berdua, sudah check in.

Sehinggalah sekitar 3.45 petang – kaunter pendaftaran sudah tutup – ketika para penumpang beratur di lorong pemeriksaan masuk, kedua mereka ditahan kerana tidak mempunyai boarding pass.

Kasihan juga kerana rupanya kebanyakan mereka pertama kali menaiki kapal terbang.

Mungkin pada pendapat mereka, sekadar punya salinan tiket yang mencatat nama mereka sudah mencukupi. Macam naik bas!

Dari dalam, Cikgu Abd Hamid yang mengetuai rombongan memujuk pegawai Air Asia yang bertugas agar membenarkan mereka mendaftar semula di kaunter luar, memandangkan hakikatnya mereka sudah terpacak di terminal sejak jam 2 petang.

IMG_2525Cikgu Hamid sudah berkira-kira hendak menyuruh mereka menaiki bas pada malam itu juga untuk ke Tawau.

Syukur alhamdulillah, akhirnya mereka dibenarkan masuk setelah melakukan pendaftaran di kaunter luar. Selepas ini pihak pengurusan PASTI kena mengadakan kursus tentang peraturan bermusafir termasuk soal peraturan naik kapal terbang!

%d bloggers like this: