Archive for 27 Mei 2009


IMG_3167

IMG_3165Sepanjang hari, saya mewakili JHEAINS menyertai gerakan bersama pegawai Unit Kawalan Penerbitan & Teks al-Quran KDN, JAKIM dan JHEAINS melakukan pemeriksaan di beberapa premis buku di sekitar Kota Kinabalu.

Antara yang dirampas ialah beberapa buah buku mengandungi surah Yasin yang terdapat kesalahan kalimah di dalamnya.

Kebanyakan premis yang dituju memberikan kerjasama menggalakan daripada empunya premis sendiri. Namun begitu di satu lokasi, pemilik sebuah gerai menjual buku-buku bersembunyi setelah gerainya didatangi oleh pegawai KDN.

Di antara yang dirampas ialah buku yang mengandungi ilustrasi para Nabi yang dipercayai diterbitkan dari negara jiran.

Turut serta dalam operasi itu ialah 5 pegawai daripada unit kawalan media, JAKIM Putrajaya.

IMG_3150Pusat Pendidikan Islam an-Nur di Taman Austral kini mengorak langkah lagi apabila membina sebuah lagi blok baru yang menempatkan 2 kelas.

Dengan siapnya blok baru dalam masa terdekat ini, sekolah berkenaan bakal mempunyai 3 blok secara keseluruhan dan mempunyai 6 kelas.

Sumber pengurusan sekolah berkenaan menjelaskan, pusat pendidikan berasaskan sekolah agama rakyat itu sememangnya dibiayai oleh umat Islam yang prihatin sejak ia bermula 4 tahun lalu.

Tulisan ringkas ini memohon jasa baik pembaca sekalian untuk menyumbang bagi pembangunan blok baru sekolah berkenaan yang jumlah kosnya dianggarkan sebanyak RM40 ribu. Maklumat yang saya perolehi menjelaskan bangunan baru dibina dalam keadaan pengurusan kini keputusan wang.

Berminat untuk menyumbang, boleh berhubung dengan Ust Zulhazmi Osman 012-4299897. Maklumat lain boleh melayari blog sekolah berkenaan : http://sarannur.blogspot.com/

IMG_3154Sukalah saya mengingatkan kita semua dengan sebuah hadith Rasulullah SAW yang masyhur itu :

“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Pertama, sedekah jariah. Kedua, ilmu yang bermanfaat dan ketiga, anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Tidakkah kita teringin?

%d bloggers like this: