Archive for 19 Mei 2009


IMG_2669Di antara ucapan perasmian yang bernada semangat oleh Ketua DPPP, YB Hj Salahuddin Ayub ialah betapa ahli jamaah Islam mesti merasa malu dengan pengorbanan aktivis parti termasuk guru-guru PASTI.

IMG_2650“Ulama’ terus dihormati, profesional terus menyumbang. Malulah kita kepada aktivis parti.

“Mereka adalah golongan yang bekerja untuk parti, tidak meminta jawatan dan pangkat. Apa yang mereka mahukan ialah menegakkan Islam ke tempat yang mulia”.

“Mereka mungkin tidak terkenal di kalangan penduduk dunia, tetapi nama mereka disebut, dan doa mereka didengar oleh penduduk langit”.

“Walaupun elaun yang mereka terima masih dibawah paras kemiskinan, mereka tetap setia dan mencurah bakti kepada PASTI”.

IMG_2696engimbau kembali sejarah penubuhan PASTI, Salahuddin menceritakan betapa di Johor, sekumpulan pemuda PAS memikul kayu berunti untuk mengasaskan PASTI pertama di Johor.

Dalam majlis berkenaan, YB Salahuddin turut melancarkan buku log Latihan Pengurusan PASTI Malaysia serta menyampaikan anugerah Tokoh Guru PASTI 2009 kepada Cikgu Faridah Dawam, 39 tahun dari Kg Gajah Perak Darul Ridhuan.

KECEMERLANGAN PASTI SETELAH KEPIMPINAN ULAMA’

Terdahulu, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Dato’ Hj Abu Bakar Chik  mengharapkan agar para guru melipatgandakan usaha mereka agar PASTI terus berjaya dengan memusatkan aqidah yang mantap dan simpulan yang kukuh.

IMG_2644Katanya, pendidikan yang betul akan menjadikan hukum dan undang-undang sebagai perkara sekunder.

Ini kerana pendidikan yang berteraskan aqidah akan mengajar manusia sebagai hamba Allah yang takutkan Tuhannya walaupun ia dalam keadaan bersendirian.

Dalam ucapannya, Dato’ Abu Bakar Chik juga menegaskan bahawa PASTI yang ditubuhkan sejak 25 tahun lalu, adalah ketika era kepimpinan ulama’ bermula dalam PAS.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan ikrar guru PASTI diketuai oleh Puan Sofeah Rafaei, Ketua Guru PASTI Negeri Sabah, persembahan nasyid anak-anak PASTI Tawau dan deklamasi puisi oleh guru PASTI Sandakan.

IMG_2676

IMG_2681

IMG_2691

IMG_2575Memasuki dewan majlis berlangsung di Hotel Emas Tawau, suasana dikuasai dengan warna hijau muda yang menjadi tema tudung sebahagian besar guru PASTI yang datang dari seluruh negara.

IMG_2578

IMG_2583Dewan penuh sesak dengan kehadiran delegasi seramai 500 orang. Orang seperti saya – yang bukan termasuk dalam senarai jemputan – terpaksa berdiri selama 3 jam sepanjang majlis bermula sejak jam 8.30 pagi.

Semangat untuk melihat sendiri sambutan hari guru PASTI Malaysia itu yang membuatkan saya bersama ramai lagi yang lain hanya berdiri di tepi sebelah hadapan untuk memudahkan menangkap gambar.

IMG_2597Cikgu Azrin Abd Majid, selaku Pengarah PASTI Malaysia menjelaskan, sambutan kali ini sangat bermakna kepada PASTI dan PAS sendiri.

Ini adalah kerana tahun ini PASTI menyambut ulangtahun jubli peraknya – 25 tahun – sejak ia dimulakan pada 1984. Dalam tempoh 25 tahun, banyak suka duka yang dialami oleh PASTI di seluruh negara, sehingga kini ia boleh bertahan dalam persada pendidikan pra-sekolah di seluruh negara.

IMG_2613Istimewanya sambutan kali ini juga kerana sambutannya pertama kali ‘diterbangkan’ ke Sabah dan lebih manis dengan kehadiran dua bekas ketua pemuda PAS – Dato’ Hj Abu Bakar Chik dan Dato’ Hj Mahfuz Omar. Dalam struktur organisasi PAS, Jabatan PASTI berada di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Cikgu Azrin yang sesekali kelihatan sebak, menambah bahawa kini PASTI telah memulakan generasi keduanya. Anak-anak PASTI ketika ia mula ditubuhkan 25 tahun lalu kini telah berumahtangga dan melahirkan anak-anak yang akan belajar di PASTI sebagaimana orang tua mereka.

Untuk rekod, lebih 300 ribu pelajar telah mendapat pendidikan PASTI sejak 25 tahun lalu. Kini terdapat 63 ribu pelajar di 1700 PASTI seluruh negara, dengan 3300 guru keseluruhannya.

Sambutan kali ini dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Hj Salahuddin Ayub. Turut hadir ialah timbalannya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi, Bendahari DPPP YB Zaki Ibrahim, seluruh ahli lembaga pengarah PASTI Malaysia dan AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah yang diketuai oleh Hj Muhammad Abdullah.

Semoga PASTI terus gemilang! Allahu Akbar!

Dari kiri Cikgu Kadarisman (SU BPPNS), Ust Nasaruddin Tantawi (Timbalan DPPP), YB Ust Zaki Ibrahim (Bendahari DPPP), YB Dato' Hj Mahfuz Omar (Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Hj Muhammad Abdullah (Pesuruhjaya PAS Sabah)

Dari kiri Cikgu Kadarisman (SU BPPNS), Ust Nasaruddin Tantawi (Timbalan DPPP), YB Ust Zaki Ibrahim (Bendahari DPPP), YB Dato' Hj Mahfuz Omar (Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Hj Muhammad Abdullah (Pesuruhjaya PAS Sabah)

%d bloggers like this: