Archive for 15 Mei 2009


KELUARGA MAK WAN ENTREPRISE

IMG_2404

Dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu, kami singgah di Tumpat khususnya di kedai ini. Ia adalah kedai sekaligus kilang memproses keropok ikan. Saya dan kawan-kawan diberi peluang melihat sendiri kerja-kerja memproses bermula daripada acara potong memotong ikan, merebus, sehinggalah keropok itu dibungkus dan dijual.

IMG_2400

IMG_2395

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila berhubung terus ke Keluarga Mak Wan Enterprise, no 1134, Jalan Tg Kuala, 16200Tumpat Kelantan. Tel : 09-725 6139, 017- 9703272. (Puan Wan Hasmah Wan Semail- Pengurus dan Siti Hawa Che Cob – Penolong Pengurus)

Oleh kerana mesyuarat selesai awal, dan penerbangan balik dari Kota Bharu ke KLIA hanya pada sebelah petang, maka sepanjang siang sabtu lalu kami punya kelapangan waktu untuk berjalan-jalan.

Rancangan asal hendak ke Pasar Siti Khadijah saja untuk membeli keropok ikan kering dan seruding saja.

Ramai di kalangan ahli lajnah sudah pulang pada pagi sabtu, dan hanya beberapa orang saja yang mengekalkan waktu asal pulang pada sebelah petang.

IMG_2385Ustaz Amin dan Ustaz Salmi yang merupakan rakan baik Ust Hj Moghni Israri telah meluangkan masa mengajak dan menemankan kami ke Pengkalan Kubor.

IMG_2376Daerah ini merupakan sempadan antara Kelantan dan Bandar Tak Bai di Thailand.

Sempadannya adalah sebatang sungai yang merentangi kedua-dua negara.

Ini adalah kunjungan saya kali kedua ke sini setelah datang pada ramadhan lalu. Kisahnya baca  di sini .

Penghubung laluan kedua negara ini ialah melalui bot, sampan juga feri kecil yang boleh memuatkan beberapa kenderaan.

Tambangnya juga agak murah untuk ke menyeberang ke sebelah sana.

IMG_2370Kawasan gerai dan kedai yang berada di sempadan ini menjual barangan daripada Thailand sama ada barangan tekstil, makanan mentah, dan keperluan harian.

Peluang sekitar sejam saya habiskan dengan membeli pakaian anak-anak yang agak murah, juga mengambil kesempatan merasa durian Thailand.

Tidak lupa, membeli mangga lemak yang sungguh manis sekali.

Alhamdulillah, penuh juga sekotak.

%d bloggers like this: