Archive for 20 Mei 2009


IMG_2797Tanpa diduga, semasa di Tawau saya bertemu dengan sahabat lama ketika mengambil diploma tahfiz JAKIM di Darul Quran Kuala Kubu Baru 10 tahun lalu.

Walaupun perkenalannya hanya sekitar sebulan, ia tetap manis kerana buat pertama kalinya ketika itu saya punya sahabat baru khususnya dari Kelantan.

Ust Ahmad Fadhli Shaari, menamatkan pengajian di Mesir pada 2004, mengambil jurusan dakwah. Kini beliau bertugas di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai Ketua Jabatan Dakwah.

Dalam masa yang sama kini beliau juga sedang menyiapkan ijazahnya di UKM dalam bidang dakwah. Sudah berkeluarga dan punya dua anak.

Hadirnya beliau menyertai rombongan PASTI Kelantan seramai 40 orang dalam sambutan hari guru PASTI Malaysia. Beliau adalah AJK DPP Negeri Kelantan. Tulisan dalam blog beliau pun boleh tahan juga. Boleh klik di sini.

IMG_2784Senarai Penerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri 2009

Puan Marwiyah Md Ali (Perlis), Puan Suriani Hashim (Kedah), Puan Wan Salma Abd Latif (Kelantan), Puan Siti Aidah Deraman (Terengganu), Puan Junaidah Yahya (Pulau Pinang) Puan Hazlinda Jalaluddin (Perak), Puan Hjh Mariha Hj Ibrahim (Pahang), Puan Napisah Nawi (Selangor), Puan Siti Khadijah Ismail (WP), Puan Siti Aminah Mat Lazim (N.Sembilan), Puan Zaleha Abd Jalil (Melaka), Puan Laila Zaidon (Johor), Puan Norhayati Abd Ghani (Sabah), Puan Junaidah Narawi (Sarawak).

IMG_2733

IMG_2773Senarai Penerima Anugerah Guru Cemerlang (Calon-Calon Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2009)

Puan Gayah Jusoh (Melaka), Puan Hasni Hanafi (Kelantan), Puan Faridah Dawam (Perak) & Puan Misliah Sohod

IMG_2755Tokoh Guru PASTI Peringkat Kebangsaan 2009

Dilahirkan pada 2 Mei 1968 di Kg Gajar, Perak Darul Ridzuan.

Terlibat dengan PASTI bermula pada tahun 1988, setelah tamat peperiksaan STPM. Mulanya secara suka-suka. Akhirnya setelah mengajar selama beberapa tahun, hati terus terpaut untuk berbakti secara tetap.

Penglibatan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) seiring dengan penglibatannya di dalam PASTI. Menjadi salah seorang AJK Penaja Dewan Muslimat PAS Kg Gajah pada tahun 1987.

Dalam mesyuara agung yang pertama, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Dewan Muslimat Kawasan, apabila ketua yang asal berpindah. Pada pemilihan tahun berikutnya, beliau dilantik sebagai KDMK pada usia 22 tahun.

Bertemu jodoh dengan seorang pemuda bernama Md Hasyim Yahaya. Hasil perkahwinan mereka dikuniakan 7 cahayamata.

Tanggal 26 Julai 2006, dalam perjalanan untuk menziarahi 2 orang anak yang belajar di Maahad al-Islah Sungai Lampam, di KM 5 Kg Pulau Juar – Jalan Kg Gajah menuju Teluk Intan, berlaku satu kemalangan ngeri melibatkan beliau sekeluarga.

Suami tercinta meninggal dunia, manakala beliau dan 2 orang anak cedera parah serta dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Ipoh. Manakala 3 lagi anaknya hanya cedera ringan dan dimasukkan ke dalam wad biasa.

Setelah 5 hari kejadian, barulah beliau mengetahui keadaan yang sebenarnya.

Dengan hati yang cukup tabah, beliau meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak dengan pendapatan sebanyak RM300 sebulan sebagai guru PASTI dan sumbangan orang ramai.

Hasil tarbiyyah yang diterima, beliau gagah meneruskan kehidupan tanpa berundur sedikitpun.  Walaupun dalam keadaan berseoranan menjadi ketua keluarga, beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan program PASTI dan parti.

Dengan iltizam yang tinggi serta sokongan rakan-rakan seperjuangan, beliau tekad meneruskan perjuangan bagi memastikan anak-anak, murid-murid PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Faridah Dawam.

Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia

Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia

Majlis Guru PASTI Malaysia

Majlis Guru PASTI Malaysia

Kontinjen Guru PASTI Negeri Sabah

Kontinjen Guru PASTI Negeri Sabah

Khusus buat Sabah yang menjadi tuan rumah pada sambutan jubli perak tahun ini, mudah-mudahan ia menjadi satu pendorong terutama kepada para guru untuk berkhidmat dengan lebih baik dan cemerlang lagi.

Bagi daerah Tawau yang menjadi tuan rumah secara khusus, mudah-mudahan kehadiran ramai pimpinan tempohari menjadi lonjakan semangat kepada warga Tawau dan pimpinan PAS di peringkat kawasan untuk menawan DUN Merotai pada PRU akan datang.

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kepada Allah kita berserah.

%d bloggers like this: