Tarikh : 27 Julai 2014
Lokasi : Kg Lubok Temiang WP Labuan
Pada awal bulan Ramadhan lepas, saya ada menulis tentang idea bertadarrus al-Quran sesama anak-anak dan mensasarkan agar khatam al-Quran pada akhir Ramadhan. Alhamdulillah, sebelum Ramadhan berakhir beberapa minit sahaja berbaki, anak-anak dapat mengkhatamkan tadarrus mereka di rumah nenek.
Ia berlaku sebelum berbuka puasa terakhir tahun ini dan kemudian diikuti dengan solat maghrib berjamaah. Alhamdulillah..