Archive for 20 Julai 2014


Sumber : Web JHEAINS

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (S. At-Taubah: 103).

Berdasarkan kepada mafhum ayat ini, kita beroleh pengajaran bahawa pensyariatan zakat antara lain bertujuan membersihkan seseorang Muslim itu daripada dosa dan akhlak yang buruk. Dengan hal yang demikian, zakat dapat menghiasi Muslimin dengan sifat mahu berbakti dan berkorban semata-mata untuk mencapai keredaan Allah SWT.

Menurut riwayat, Rasulullah saw pernah mengingatkan seorang hartawan daripada suku Tamim yang bertanyakan baginda mengenai cara membelanjakan harta. Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

“Engkau keluarkan zakat daripada hartamu kerana zakat itu alat yang menyucikanmu, menghubungkan silaturahim dan engkau mengerti akan haknya orang miskin dan jiran tetangga serta orang yang meminta.”

Selain itu, ayat 103 daripada surah at-Taubah itu juga menggariskan beberapa peranan yang harus dipikul oleh institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat. Ia meliputi mengutip dan mengumpulkan zakat dari umat Islam, membelanjakan dan mengagihkan zakat kepada asnaf, mendoakan kesejahteraan bagi orang yang menunaikan zakat dan lain-lain lagi.

Allah SWT telah menetapkan lapan asnaf yang berhak diberi dan menerima zakat. Golongan atau asnaf yang dimaksudkan itu ialah orang fakir, orang miskin, para amil, saudara baru yang dijinakkan hatinya kepada Islam, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, orang musafir dan menampung perbelanjan-perbelanjaan di jalan Allah SWT seperti menuntut ilmu, mempertahankan agama dan sebagainya. Senarai asnaf yang berhak menerima zakat ini dijelaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:

Yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, para amil yang menguruskannya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (S. At-Taubah: 60).

Melihat kepada senarai asnaf yang layak menerima zakat ini, adalah jelas bahawa berzakat dapat memperkasa dan mensejahterakan ummah, khususnya golongan yang kurang berkamampuan dan kurang bernasib baik di kalangan umat Islam. Ini kerana zakat yang diagihkan kepada golongan berkenaan jika digunakan dan dimanfaatkan secara berhemah dan bijaksana memungkinkan mereka bebas daripada kesengsaraan hidup melalui kegiatan ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Seorang pensyarah IPTA menghubungi saya menceritakan tentang masalah yang berlaku terhadap rumahnya. Menurutnya rumah yang kini dalam proses pembaikan dirasakan ada gangguan oleh beberapa pekerja yang berada di sana.

Kami dari Darussyifa’ Lok Kawi melakukan kerja-kerja merawat, solat hajat, bacaan yasin dan beberapa zikir asas, serta azan di rumah tersebut. Mudah-mudahan Allah SWT membersihkan rumah tersebut daripada sebarang gangguan zahir dan batin.

Rawat Rumah (1) Rawat Rumah (2) Rawat Rumah (3) Rawat Rumah (4) Rawat Rumah (5)

%d bloggers like this: