Tag Archive: Khatam al-Quran


Tarikh : 15 Oktober 2016

Lokasi : Dewan Perkumpulan Perempuan, Sembulan

20161015_083757 img-20161015-wa0062 img-20161015-wa0146img-20161015-wa0065

Tarikh : 30 Jun 2016

Lokasi : Dewan Jubli Perak SMK Majakir Papar

20160630_10423320160630_104205 20160630_104239 20160630_104349 20160630_114504 20160630_114521 20160630_114927

20150716_180840

Tarikh : 16 Julai 2015

Lokasi : Kg Meruntum Putatan

Alhamdulillah, akhirnya anak-anak dapat mengkhatamkan al-Quran pada saat-saat akhir Ramadhan sebelum berbuka puasa bersama-sama dengan sepupu-sepupu yang datang untuk bersungkai sekali.

Tarikh : 4 Julai 2015 (Sabtu)

Lokasi : Surau ar-Rahman MTQQNS

IMG-20150704-WA0131 IMG-20150704-WA0133 IMG-20150704-WA0137 IMG-20150704-WA0142 IMG-20150704-WA0143 IMG-20150704-WA0145 IMG-20150704-WA0146 IMG-20150704-WA0147

Tarikh : 27 Julai 2014

Lokasi : Kg Lubok Temiang WP Labuan

Pada awal bulan Ramadhan lepas, saya ada menulis tentang idea bertadarrus al-Quran sesama anak-anak dan mensasarkan agar khatam al-Quran pada akhir Ramadhan. Alhamdulillah, sebelum Ramadhan berakhir beberapa minit sahaja berbaki, anak-anak dapat mengkhatamkan tadarrus mereka di rumah nenek.

Ia berlaku sebelum berbuka puasa terakhir tahun ini dan kemudian diikuti dengan solat maghrib berjamaah. Alhamdulillah..

Khatam (1) Khatam (2) Khatam (3)

Kuliah maghrib Tajwid al-Quran dan Tafsir saya di Surau Riyadhus Solihin baru bermula minggu ini setiap rabu. Setelah bercuti kuliah sepanjang Ramadhan dan Syawal, ini surau yang paling lewat saya memulakan kuliah sedangkan lokasi lain sudah bermula pada awal September lagi. Kami memulakan kuliah kali ini dengan tilawah pada awal juzu’ 9 dan menyambung huraian ringkas kisah perjuangan Nabi Syuaib yang difirmankan Allah di dalam surah al-A’raf pada akhir juzu’ 8 dan awal juzu’ 9.

Membaca kisah perjuangan Nabi Syuaib AS terhadap kaumnya terutama golongan pembesar, serta doa yang dilazimi oleh baginda membuatkan saya teruja dalam kuliah kali ini. Perjuangan nabi-nabi ialah agar manusia menyembah Allah SWT dan mengesakanNya dalam ertikata yang sebenarnya. Dalam konteks peribadi kita, ia bermula dengan masing-masing berusaha memperbaiki diri dan memberikan contoh akhlak yang luhur baik kepada sesama Islam atau yang belum Islam.

Pada akhir kuliah, saya mencadangkan satu aktiviti memperbaiki diri buat peserta kuliah dan jamaah surau ini – sama ada yang hadir atau tidak – untuk membuat sasaran tilawah al-Quran sehingga khatam setiap 3 bulan bermula pada Oktober dan berakhir pada akhir Disember. Jika dijadualkan, setiap individu membaca 10 juzu’ setiap bulan atau lebih kurang 6-7 muka surat setiap hari.¬†Insya Allah jika berjalan lancar akan mengadakan khatam pertama pada minggu pertama Januari. Kemudian diteruskan untuk pusingan kedua pada januari-mac, april-jun dan seterusnya.

Saya ada memesan dan mencadangkan kepada Ustaz Mohamad Suaid agar satu borang ditampal di papan kenyataan surau mempelawa jamaah yang berminat untuk menyertai siri tilawah al-Quran secara individu (baca masing-masing) dan khatam bersama. Antara objektifnya ialah melazimi tilawah al-Quran setiap hari dan bukan hanya terbatas pada bulan Ramadhan sahaja. Insya Allah jika dijadualkan dengan baik setiap hari, ibadah ini akan berjaya. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan bersama dan pesertanya diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Teman-teman dari qaryah atau masjid/surau lain juga dipelawa.

Ini satu majlis yang istimewa. Selain majlis khatam al-Quran itu yang mempunyai keistimewaan dan kelemahannya sendiri, majlis khatam ini adalah khatam secara hafaz al-Quran untuk 10 orang alumni siswa siswi maahad yang telah menamatkan hafazan mereka sebelum ini.

Kami melihat sebahagian ibu bapa yang hadir melihat anak-anak mereka mengumandangkan surah-surah lazim, para ibu bapa ada yang mengalirkan air mata melihat kejayaan anak-anak mereka bersusah payah menghafaz al-Quran beberapa tahun sebelum itu. Demikian saya bersetuju dengan ungkapan mudirah kami yang menyatakan agar mereka menyantuni dan berterima kasih kepada orang tua mereka yang melahirkan, menjaga dan mendoakan kejayaan anak-anak sehingga mereka menjadi saat seperti ini.

Majlis ini pengarah programnya ialah Ustazah Mahliana Mohammad, terdahulu menggesa para pelajar tampil membantu masyarakat dengan ilmu yang mereka ada, kerana masyarakat sangat dahagakan bimbingan. Dalam masa yang sama proses menambah ilmu mesti dilakukan daripada masa ke masa. Saya gembira kerana hari ini dapat menghadiri dua majlis khatam al-Quran, satu di PTPL dan satu di maahad ini serta dapat mengisi slot tazkirah di kedua-dua lokasi.

Majlis berakhir dengan majlis iftar jamaie solat maghrib, isyak dan tarawih berjamaah di surau ar-Rahman.

Kami mengambil masa sekitar 17 bulan bersama-sama sebelum sahabat baru saya Abdul Hadi Abdul Karim yang berasal dari Kg Kelanahan Papar, dapat mengkhatamkan al-Quran di hadapan saya. Bermula mac 2010 dan akhirnya khatam dalam bulan Ramadhan pada 25hb lepas.

Sdr Abdul Hadi dalam tempoh itu banyak memudahkan saya. Orangnya mudah dirunding dan bagus bacaannya. Sudah tentu saya merasakan beliau mempunyai asas yang baik ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Kami bertalaqqi dan bermusyafahah di beberapa lokasi. Pernah di pejabat SPANS, di bilik pejabat saya dan dalam Ramadhan (2 kali) diadakan di Masjid Negeri Sabah selepas tazkirah zuhur.

Tidak banyak kesalahan dilakukan dalam tilawahnya dan kami tidak terlalu kerap bertemu kerana halangan tugas masing-masing. Apabila lapang, kami bertemu hampir setiap hari dan Abdul Hadi membaca dalam bilangan mukasurat yang pernah mencapai lebih sejuzu’ beberapa kali. Tetapi ketika kami sama-sama berhalangan, kadang-kadang sampai sebulan lebih tidak bertemu.

Ketika khatam tempohari, saya pinta dia sendiri membacanya supaya dia boleh memimpin masyarakatnya khususnya di kampung. Semoga beliau terus istiqamah dalam tilawah al-Quran dan berguru pula dengan orang lain seterusnya menurunkan ilmunya kepada mereka yang memerlukan. Semoga persahabatan terus terjalin dan keberkatan al-Quran subur dalam kehidupannya sekeluarga.

LAPAN KALI KHATAM SEHARI


Malam ini saya menyambung kembali kuliah kitab al-Azkar Imam Nawawi di Masjid Nurul Ihsan Kg Lok Kawi Baru setelah tertangguh beberapa minggu.

Beberapa bulan sebelum ini pula kami membincangkan tentang nama-nama Allah yang indah (asmaul husna) menggunakan kitab yang disusun oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz. Memang dalam kitab al-Azkar ini ada disentuh secara ringkas melalui sebuah hadith akan nama-nama Allah yang 99 itu. Jadi untuk menghuraikannya, saya menggunakan kitab lain.

Malam ini tajuknya berkenaan tilawah al-Quran. Sangat menakjubkan apabila Imam Nawawi RH mencatatkan bahawa menjadi amalan salafus soleh terdahulu akan khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan.

Membaca al-Quran adalah zikir yang paling utama sesuai dengan kedudukannya sebagai kalam Allah SWT. Lebih bermakna lagi apabila tilawah al-Quran itu diiringi dengan tadabbur dan adab-adab yang tinggi. Membaca al-Quran dituntut siang dan malam, ketika musafir atau tidak.

Para salafus soleh menjadikan al-Quran sebagai teman sehariannya, bagaimanapun kebiasaan khatam mereka berbeza menurut kemampuan masing-masing. Ada yang khatam sekali dalam tempoh dua bulan; ada yang sekali dalam sebulan; ada yang sekali dalam sepuluh hari; ada yang sekali dalam lapan hari; ada yang sekali dalam seminggu dan inilah amalan kebanyakan mereka.

Ada juga yang khatam sekali dalam tempoh enam malam; ada yang sekali dalam lima hari; ada yang sekali dalam empat hari; ada yang sekali dalam tiga hari; dan ramai juga yang khatam setiap hari. Ada pula yang khatam dua kali sehari, ada yang tiga kali khatam sehari; ada juga yang khatam lapan kali sehari – empat kali siang dan empat kali waktu malam. Menurut Imam Nawawi, inilah rekod yang sampai ke dalam pengtetahuannya.

Seorang Tabi’in bernama Mansur bin Zazan mengkhatamkan al-Quran antara zuhur dan asar, khatam lagi antara maghrib dan isyak. Sementara dalam bulan Ramadhan, dikhatamkan al-Quran dua kali antara maghrib dan isyak dalam keadaan mereka melewatkan solat isyak sehingga seperempat malam.

Ada juga yang khatam al-Quran dalam satu rakaat solat. Antaranya ialah Sayyidina Uthman bin Affan, Tamim ad-Dariy dan Said bin Jubair R.Anhum. Hakikatnya kebolehan mereka adalah berbeza menurut individu masing-masing. Ada yang mempunyai pemikiran yang cerdas dan dalam masa yang sama kurang terlibat dalam urusan masyarakat seperti mengajar dan memerintah.

Namun, marilah kita mengambil pengajaran agar sama-sama memperbanyakkan tilawah al-Quran dan mentadabburkannya dalam kehidupan kita masing-masing.

%d bloggers like this: