Archive for 25 Julai 2014


Tarikh : 22 Julai 2014

Lokasi : Hotel Tabung Haji

Majlis bermula dengan majlis tadarrus dan khatam al-Quran di surau Hotel Tabung Haji dengan dipimpin oleh Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok. Ia kemudian diikuti dengan tazkirah ringkas sebelum majlis berbuka puasa. Majlis berakhir dengan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjamaah di surau bersebelahan.

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa ini dapat mengumpulkan warga maahad bersama para pensyarah, kakitangan bukan mengajar bersama keluarga masing-masing. Mudah-mudahan ia mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain.

IftarMTQQ@TH (1) IftarMTQQ@TH (2) IftarMTQQ@TH (3) IftarMTQQ@TH (4) IftarMTQQ@TH (5) IftarMTQQ@TH (6)IftarMTQQ@TH (7)IftarMTQQ@TH (8)IftarMTQQ@TH (9)


Sumber : Web JHEAINS

Sesungguhnya Ramadan, Syawal dan Aidil Fitri amat bermakna kepada umat Islam yang beriman, cintakan amal ibadat dan amal soleh. Perginya dirindui dan datangnya ditunggu-tunggu, walau ia datang cuma sekali dalam setahun.

Inilah rahmat kurniaan Allah SWT kepada umat Islam dan orang yang beriman. Beruntunglah kita yang berjaya mengambil dan mengisi segala peluang yang ada pada bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Oleh itu, jika Ramadan diisi dengan segala amal ibadah, amal soleh seperti Solat berjemaah, Solat Tarawih, Tahajud, Duha, Taubat, tadarus Al Quran, Zikir, sedekah dan sebagainya.Hendaklah semangat ini biarlah berterusan di bulan-bulan seterusnya.

Sebabnya amal ibadat dan amal soleh yang disebutkan itu merupakan saham untuk kehidupan kita di akhirat nanti. Lagi banyak amal ibadat dan amal soleh dilaksana lagi banyaklah saham amalan kita di akhirat nanti.

Firman Allah SWT bermaksudnya : “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”. (Surah An-Nahl. Ayat 97)

Syawal dan Aidilfitri merupakan hari kemenangan dan kegembiraan bagi umat Islam yang telah berjaya melaksanakan ibadah puasa sebulan Ramadan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “…orang yang berpuasa mendapat dua perkara yang menggembirakan, pertama semasa dia berbuka puasa, dan kedua semasa dia menemui Tuhannya (pada hari akhirat)”. (HR Imam Muslim)

Ulama menjelaskan maksud Hadith tentang dua kegembiraan tersebut, bahawa bergembira semasa berbuka puasa itu kerana telah dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan pertolongan serta taufiq Allah SWT. Manakala bergembira pada hari akhirat kerana mendapat balasan yang sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.

Justeru, Hari Raya Aidil Fitri adalah hari kegembiraan kita kerana telah berjaya melaksanakan ibadah puasa selama bulan Ramadan, melakukan qiyamul-lail bersolat Sunat Tarawih, zikir, doa, tadarus Al Quran dan sebagainya dengan tekun, istiqamah juga ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.

Sesungguhnya inilah kegembiraan bagi umat Islam yang beriman dan beramal ibadah sepanjang bulan Ramadan. Oleh itu, marilah kita sambut dan rayakan Hari Raya Aidil Fitri ini dengan berpandukan Syariat dan bukannya dengan adat tradisi yang bercanggah dengan Syariat.

%d bloggers like this: