Archive for 27 Julai 2014


Tarikh : 24 Julai 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Setelah anakanda Sahleyzan mengkhatamkan al-Quran pada sebelah siangnya, puteri kami Nur Fakhriah Asnam pula mengambil tempat pada sebelah malam setelah selesai solat tarawih. Tarikh bersempena 27 Ramadhan, salah satu malam-malam jangkaan al-Qadr dipilih untuk majlis khatam hafaz al-Quran untuknya.

Sesungguhnya kegembiraan yang berganda-ganda untuk kami secara keseluruhan pada bulan Ramadhan ini, khususnya lagi buat Fakhriah juga keluarganya di Semporna serta guru tasmiknya Ustazah Dayang Masni.

Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada anak-anakanda kami yang khatam pada hari ini dan juga semua warga maahad dan keluarga masing-masing. Semoga kami diberikan kesempatan untuk memelihara al-Quran ini di dalam diri kami masing-masing sehingga akhir hayat.

Fakhriah (1) Fakhriah (2) Fakhriah (3)

Tarikh : 24 Julai 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Sahleyzan, anak muda dari Kampung Pimping Membakut ini membuka tirai khatam hafaz al-Quran 30 juzuk, mendahului 8 rakan-rakan sekuliahnya yang lain. Beberapa minggu terdahulu, saya menggasak mereka di dalam kelas agar mengambil kesempatan untuk khatam hafaz al-Quran di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sahleyzan siswa pertama yang menyahut cabaran saya, pada saat dan ketika itu beliau masih mempunyai baki 3-4 juzuk untuk dihabiskan. Alhamdulillah, anak muda yang mudah tersenyum dan mendengar kata ini akhirnya mengkhatamkan al-Quran di hadapan gurunya Ustazah Dayang Masni Datu Saribu.

Sahleyzan (1) Sahleyzan (2) Sahleyzan (3)

%d bloggers like this: