Archive for 4 Julai 2014


Sumber : Web JAKIM

Bulan Ramadhan adalah sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana di dalamnya terkumpul hampir semua ibadah  khusus terutamanya ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain seperti solat tarawih, solat witir, tilawah al-Quran, beriktikaf, berzakat, sedekah dan lain-lain.

Setiap ibadah khusus ini pula mempunyai kelebihan pahala tertentu yang menjadi ransangan untuk kita menjadi insan soleh. Dr.  Yusof  al-Qaradhawi di  dalam  bukunya ‘al-‘Ibadah  fi  al-Islam’,  telah menggariskan beberapa rahsia dalam amalan berpuasa antaranya ialah :

Dapat menguatkan roh dan jiwa. Seterusnya jiwa yang kuat dapat mengawal nafsu. Menyihatkan jasmani dan badan, mendidik kearah melakukan kebaikan. mengenal nilai nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT  kepada makhluk dan dapat merasai penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh orang lain.

Oleh itu, selari dengan keberkatan ibadah puasa di bulan yang suci ini, maka Allah SWT menjanjikan rahmat, pengampunan dan jaminan syurga.  Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Iman Ahmad  bermaksud :

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.

Alhamdulillah, tahun ini beberapa masjid dan surau memberi kepercayaan kepada Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah untuk mengepalai solat sunat tarawih di tempat mereka. Antaranya ialah Surau Taman Austral, Surau Taman Sri Gaya, Surau Kuarters Penjara, Surau RTM, Masjid Daerah Papar, Masjid Politeknik Kota Kinabalu dan Masjid Jamek Kg Sungai Padang Papar.

Sebahagian masjid dan surau ini sempat saya ziarahi dan menjadi makmum kepada mereka. Maklumlah walaupun ada rakan-rakan jamaah di surau dan masjid berkenaan memberikan maklumat tentang prestasi pelajar kami, saya mahu melihat sendiri kemampuan mereka. Apa yang ingin saya katakan, mereka tetap berstatus pelajar dan perlu terus menerus memperbaiki diri.

Surau Kuarters Penjara Surau RTM Surau Sri Gaya Surau Taman Austral (1) Surau Taman Austral (2)

%d bloggers like this: