Archive for 8 Julai 2014


Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/29516-andainya-aku-memarahimu-bersyukurlah

Wahai sahabatku,

Aku sayang kepadamu kerana Allah. Kasih sayang adalah anugerah Allah kepada hambaNya. Ia lahir dari perasaan halus dalam qalbu lalu membentuk sikap, keinginan dan kasih sayang. Allah mengurniakan perasaan ini sehingga menggetar jiwa dan perasaan, lalu lahir rasa gembira dan sedih.

Wahai Sahabatku,

Bilamana aku mencintaimu kerana Allah, bermakna aku mengharapkan persahabatan ini diredhai Allah, agar ia berjalan kerana Allah dan bagi Allah. Persahabatan ini bukan di asas atas kebendaan atau kehendak duniawi yang dimiliki olehmu atau rakan- rakanmu. Persahabatan kerana Allah bermakna kalau aku menegurmu, maka teguranku kerana kasihku padamu. Aku bimbang kalau Allah murka kepadamu, lalu Ia menjauhkan kita dalam persahabatan ini.

Wahai sahabatku,

Kecintaanku padamu kerana Allah bermakna aku akan sentiasa ingat padamu kerana Allah, mengenangmu dalam setiap doa dan munajatku, mengharapkan agar Allah memeliharamu. Alangkah tingginya kasih sayang. Ini kerana Allah.

Pernah suatu hari seorang sahabat datang menemui Rasulullah, dan menyatakan ia sayang sahabatnya kerana Allah, lalu Baginda bertanya, “apakah dia tahu kamu sayang padanya kerana Allah?”, lalu kata sahabat itu, “dia tidak mengetahui ya Rasulullah”, lalu Baginda menyuruhnya memberitahu sahabat itu. Lalu ia bangkit dan menemui sahabatnya, lalu ia berkata “wahai sahabatku, aku sayang padamu kerana Allah”.

Wahai sahabatku,

Aku sayang kepadamu kerana Allah kerana persahabatan ini bukan hanya sekadar dunia ini semata mata, bahkan ia akan berterusan sampai alam barzakh dan alam akhirat. Alangkah indahnya bilamana Allah kumpulkan semua kekasihnya di kalangan para Rasul lalu Allah kumpulkan pula kita semua bersama kekasih Allah itu”.

Wahai sahabatku,

Aku akan gembira melihatmu berada dalam keredhaan Allah dalam ibadahmu, zikir dan munajatmu. Bilamana engkau berada dalam medan jihad, lalu engkau korbankan masamu, kerehatanmu bersama keluarga, harta bendamu dan tenagamu semuanya engkau lakukan tanpa mengeluh, tanpa mengadu kepenatan, tanpa mengharapkan sebarang habuan duniawi. Aku tahu engkau saban malam mengadu kepada Allah segala kepenatanmu, kedukaanmu dan kesukaran bidupmu. Lalu Allah menyiram hatimu dengan rahmat dan kasih sayan-Nya, sehingga hilang resahmu dan kepenatanmu.

Wahai sahabatku,

Aku bangga denganmu yang tidak mempeduli kata nista, fitnah dan cercaan manusia kepadamu kerana bilamana hatimu penuh dengan kasih sayang Allah, maka tiada lagi ruang untuk makhluk merosakkan jiwamu. Ketabahanmu dalam perjuangan ini menjadi inspirasi buat semua sahabat- sahabat agar kita saling mensayangi, mencintaimu kerana Allah.

Wahai sahabatku,

Kecintaan ku padamu kerana Allah menyebabkan engkau tidak akan melupaiku dalam doa dan munajatmu. Bilamana engkau memohon keampunan Allah terhadap dosamu, maka akan pasti engkau akan turut memohon pengampunan Allah terhadap dosa dan kesalahanku. Bilamana engkau memohon rahmat Allah, maka engkau akan memohon sama untukku, dan bilamana kengkau mengharap redha Allah, maka engkau akan turut memohon redha Allah terhadapku. Sebagaimana aku akan lakukan juga untukmu, kerana aku menyayangimu kerana Allah.

Wahai sahabatku,

Persahabatan ini menuntut aku membersihakan dirimu dari fitnah dan nista. Persahabatan ini menuntut aku agar sentiasa melindungimu dari sebarang usaha musuh merosakkanmu dan keluargamu. Persahabatan ini menuntutku agar mengutamakanmu dalam sebarang kedudukan dan tempat. Bahkan persahabatan ini menuntut agar aku sentiasa baik sangka terhadapmu kerana Allah.

Wahai sahabatku,

Andainya dalam persahabatan ini aku memarahimu, menegurmu, atau meninggikan suaraku terhadapmu ketahuilah ia dilakukan kerana Allah bagi membetulkan langkahmu, lalu bersyukurlah. Andainya ia kelemahanku dan sifat burukku, aku mohon keampuanan Allah dan kemaafanmu di atas kesilapanku.

Wahai sahabatku,

Aku tidak pernah menyimpan kemarahanku di dalam benak fikiran dan hatiku kerana bilamana aku menyanyagimu kerana Allah, maka aku akan tidak akan mencari kemurkaan-Nya dalam pergaulan dan persahabatan ini. Alangkah indahnya bilamana kita berbicara, memerah fikiran dan tenaga bagi mendaulatkan perintah Allah bersama- sama, kita masih boleh gelak ketawa dalam teguran dan kritikan, kita masih boleh senyum dalam kepenatan dan kesakitan dan kita masih boleh saling mengutamakan sahabat dari diri kita. Alangkah indahnya persahabatan dalam perjuangan ini.

Ya Allah, aku sayang sahabatku serta sahabat seperjuanganku kerana-Mu, maka peliharalah ukuhwah ini kerana-Mu wahai Allah.

Ramadhan kareem.

Tarikh : 5 Julai 2014

Lokasi : Maktabah MTQQNS

Jam 10 malam, selesai solat tarawih, witir dan moreh, kami di semester 3 mengadakan daurah kitab Fawasil untuk sebahagian besar sukatan pengajian yang belum diselesaikan. Alhamdulillah, sepanjang pengajian dan pembelajaran saya sebelum ini, subjek fawasil adalah subjek yang menarik dan tidak terlalu sukar untuk difahami.

Daurah kami selesai sekitar jam 1 pagi.

 Fawasil Sem3 (1) Fawasil Sem3 (2) Fawasil Sem3 (3) Fawasil Sem3 (4) Fawasil Sem3 (5)

%d bloggers like this: