Archive for 16 Julai 2014


Fauzan

Seindah namanya.

Anakanda kami Fauzan Dahlan yang berasal dari Kg Tebobon Menggatal, saya kira mencipta rekod baru untuk maahad ini. Mampu menyelesaikan hafazan 30 juzuk dalam tempoh 13 bulan sahaja.

Menariknya, Fauzan tidak pernah bersekolah menengah agama seperti sahabat-sahabatnya yang lain di maahad ini. Dahulunya dia bersekolah di SMK Tebobon. Justeru di sini, Fauzan dalam kelas persijilan sahaja. Kelas untuk mereka yang tidak mempunyai asas bahasa Arab dalam SPMnya.

Kepada siswa siswi lain, saya mahu mereka mengambil pedoman dan iktibar daripada kawan mereka – si Fauzan ini. Usaha yang gigih, semangat yang tinggi, berfikiran positif serta pergantungan yang tinggi kepada Allah SWT menjadi ciri yang penting sehingga Fauzan khatam hafaz al-Quran.

Tahniah Fauzan. Tahniah kepada kedua orang tua dan keluarganya. Tahniah gurunya – Ustaz Khairul. Fauzan telah menepati namanya – Kejayaan!

Tarikh : 11 Julai 2014

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

 

Penyampai :

1) YB Dato’ Ustaz Nasuruddin Daud

2) YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

 

%d bloggers like this: