Archive for 12 Julai 2014


Tarikh : 6 Julai 2014

Lokasi : Pondok Fii Dzilalil Quran, Kg Tamau Kota Belud

Perjalanan dari Pekan Kudat setelah sebelumnya dari Pulau Banggi, kami singgah ke lokasi seterusnya untuk berziarah ke sini melihat-lihat anak-anak yang menadah ilmu teras agama, sambil kami berehat sebentar dan mendirikan solat zuhur asar secara jamak qasr.

Saya kenalkan pondok ini kepada dua pelajar yang menyertai permusafiran ini – Adam dan Brenge akan satu dunia pendidikan tradisi yang sudah lama beroperasi di bumi semenanjung dan lain-lain sementara di Sabah sudah ada sekitar 10-15 tahun lalu.

Pondok Tamau (1) Pondok Tamau (2)

Tarikh : 11 Julai 2014

Lokasi : Masjid Rusila

Penyampai : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Apabila kita solat, kita mesti faham ibadah solat (feqah solat), apabila kita tunaikan haji mesti faham ibadah haji (feqah haji), begitulah juga apabila berjihad mesti memahami jihad yang sebenarnya (feqah jihad).

%d bloggers like this: