Archive for 26 Julai 2014


Kunjungan ke sini selalu membawa ingatan yang baik kepada diri saya sendiri. Terlalu banyak pengajaran saya perolehi apabila melihat suasana sekolah dan para muridnya yang terlalu minoriti beragama Islam.

Dari Kepayan saya ditemani oleh siswa maahad, Fauzan Dahlan. Jauhnya perjalanan ke sekolah ini di Kiulu sehingga cukup dua marhalah dan boleh solat jamak dan qasr. Perjalanan hampir dua jam itu pun sudah menjadi iktibar yang baik buat kami. Di ceruk sini, terdapat 13 orang murid beragama Islam.

Guru besarnya, Puan Hajah Adiah Mustapha mengundang saya untuk menyampaikan tazkirah sempena akhir Ramadhan dan menjelang hari raya, memimpin bacaan yasin dan doa selamat. Sebelum itu saya dimaklumkan atas inisiatif puan guru besar mencari sumbangan berupa pakaian dan keperluan asas serta wang saku untuk dihadiahkan kepada anak-anak murid beragama Islam di sini.

Kereta diparkir sedikit jauh, perlu berjalan kaki melalui kebun buah, sawah padi dan jambatan gantung sebelum sampai ke sekolah berkenaan yang memang sunyi suasananya. Kami disambut dan diiringi oleh dua murid muslim menuju ke dewan sekolah. Kasihan mereka menunggu kami terlewat lebih sejam, salah saya sendiri yang tersilap jangka jarak perjalanan.

Puan guru besar yang saya kenali hampir 10 tahun sudah sebenarnya sangat mengharap kehadiran saya, beliau sangat gembira dan bersyukur atas sambutan kenalannya menghulur sumbangan untuk anak-anak muslim sekolah ini.

Beliau terharu dan mengalirkan airmata barang sumbangan akhirnya tiba di sekolah, menunjukkan masyarakat di luar sekolah ini tetap menunjukkan keprihatinan mereka terhadap murid di sini. Saya pula diberikan penghormatan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak ini sambil diiringi oleh ibu bapa mereka.

Semoga hidayah Allah terus menjadi milik mereka di sini, walaupun mereka sebagai minoriti. Saya ingin ke sini lagi.


Mantob (2) Mantob (3) Mantob (4) Mantob (5) Mantob (6) Mantob (7) Mantob (8) Mantob (9) Mantob (10) Mantob (11) Mantob (12) Mantob (13) Mantob (14) Mantob (15) Mantob (16) Mantob (17) Mantob (18) Mantob (19)

Tarikh : 25 Julai 2014

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Penyampai :

1) YAB Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yaakob

2) YB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

 

%d bloggers like this: