Archive for 1 Julai 2014


Sungkai Austral

Satu perkara yang menjadi kekaguman saya terhadap kesatuan jamaah surau ini ialah apabila mereka sudah menyatakan komitmen untuk melaksanakan satu-satu projek atau aktiviti. Majlis berbuka puasa sepanjang Ramadhan saban tahun adalah menjadi salah satu bukti jelas.

Manakan tidak, surau ini tidak mengadakan solat jumaat yang memungkinkan mereka mempunyai dana dan sumbangan tetap saban minggu. Namun demikian, ia tidak menjejaskan langsung mereka untuk mengadakan majlis sungkai ini setiap hari dan mampu membiayai sekitar 100 jamaah yang sungkai di sini setiap hari.

Beberapa minggu sebelum Ramadhan tiba, iklan untuk penajaan makan minum sungkai berkenaan dibuka. Senarai hari dan penama mula diisi sedikit demi sedikit dengan tajaan sebanyakRM800 setiap hari, dan sumbangan itu akan meningkat khususnya menjelang hari-hari terakhir sebelum Ramadhan.

Tarikh : 27 Jun 2014

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Sesi 1 : Kuliah oleh Haji Ann Wan Seng

Sesi 2 : Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan 1435 oleh YAB Menteri Besar Kelantan

 

%d bloggers like this: