Saya baru membaca satu entri dari blog Mulanya Di Sini – Akhirnya Di Sana berkenaan penderitaan adik Hairuman Miskon yang melecur 50% badannya akibat terkena renjatan elektrik daripada kabel elektrik berkuasa tinggi yang terjatuh dan terkena badannya.

Saya juga baru berhubung secara SMS dengan Puan Maryuni, kakak kepada Hairuman, bertanya berkenaan adiknya. Saya edit dan salinkan semula jawapan beliau kepada beberapa soalan saya :

“Keadaannya masih kritikal sejak 26.11.2010. Pendarahan banyak pada kaki kiri. Ibu kaki kiri dah hitam. Doktor nak potong. Kedua-dua tangannya pun doktor nak potong sampai bawah siku. Masih pakai bantuan oksigen. Belum ada penderma”.

Saya bertanya adakah beliau ada memanjangkan masalah ini Pusat Zakat Selangor? Jawabnya : “Ada mohon zakat. Dalam proses. Belum dapat lagi. Tak tau yang diluluskan berapa.”

Menurut Puan Maryuni, Hairuman masih ditempatkan di Hospital Tanjung Karang. Namun katanya ada ura-ura doktor hendak memindahkannya ke Hospital Klang atau Hospital Kuala Lumpur.

“Kemalangan tu berlaku pada 26/11/2010. Kiranya dah sebulan lebih. Adik tolong kawannya bersihkan kebun sawit. Tiba-tiba terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi sub station TNB. Adik Hairuman anak kedua bongsu. Ayah meninggal 1994. Mak meninggal 2005. Ada 8 beradik. Yang jaga akak dengan abang atas Hairuman.

Adik beradik yang lain 2 kakak OKU masalah pembelajaran, tak cerdik. Adik beradik yang lain perempuan, dah kahwin masing-masing ikut haluan… Akak suri rumah”. Demikian sebahagian besar sms beliau kepada saya.

Seterusnya, saya panjangkan entri berikut dari blog Mulanya Di Sini – Akhirnya Di Sana http://darimataazyma.blogspot.com/2011/01/tolonglah-bantu-adik-ini.html.

Diambil dari forum.

“Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit.

Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.

Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan… Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman. Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.

Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu :

018-3807867 – Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 1620 30632 448 (Maybank)

A/C : 1257-0000203-529 (CIMB)

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,

Seksyen 2. Taman Desa Mawar,

45500 Tanjong Karang, Selangor.