Archive for 14 Januari 2011


TINGGAL SATU

Dalam banyak-banyak arnab yang kami miliki, betina yang seekor ini agak kasar dan kuat ‘mengakai’ terutama apabila saya mahu menyentuhnya. Kadang-kadang agak sukar untuk menambah makanan atau minumannya kerana kaki atau mulutnya pantas untuk menyerang, barangkali untuk mempertahankan dirinya.

Beberapa hari lalu, arnab ini beranak lagi. Kebetulan beberapa hari sebelum itu, saya asingkan arnab jantan yang sedang sakit diserang kutu. Cuping telinganya terkopak. Sepanjang tiga tahun memelihara arnab, penyakit gangguan kutu ini yang agak banyak dan menyebabkan arnab-arnab kami selalu dibawa ke klinik haiwan.

Arnab betina ini hanya melahirkan tiga ekor. Malangnya pagi-pagi saya meninjau, seekor daripadanya yang kelihatan tegap dan berisi sudah mati. Hanya tinggal dua ekor. Kemudian sehari dua kemudian, belum sempat saya bersihkan anak arnab yang mati itu, seekor lagi hilang bersama anak arnab yang mati. Saya syak ditanggung oleh tikus-tikus yang hidup berjiran di situ.

Lubang-lubang tikus sudah ditutup. Seekor yang tinggal bersama ibunya kelihatan sihat dan semakin membesar. Bulu hitam mulai tumbuh, seperti ibunya juga. Saat foto diambil, si anak masih berselimut di dalam bulu-bulu yang disediakan ibunya.

Saya baru mengenalinya sekitar dua tahun kebelakangan. Berasal dariĀ  Tanjung Batu Laut Tawau dan kini berumur 40 tahun. Beliau pernah bercerita dengan saya secara peribadi rezeki bertugas sebagai tukang masak di hotel-hotel. Chef Abdullah bercerita bahawa beliau tidak mempunyai pendidikan akademik yang tinggi, namun kesungguhan dan minatnya dalam bidang masakan, beliau naik sedikit demi sedikit dan kini bertugas sebagai chef di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya.

Bagi saya beliau adalah seorang chef yang istimewa dan ada kelebihan sendiri. Minatnya terhadap kerja-kerja dakwah terutama terlibat sebagai ahli jawatankuasa Syukbah Dakwah Masjid Negeri, membantu kerja-kerja kesukarelawan dalam mengendalikan kursus dan kelas-kelas pengajian agama amatlah dihargai. Sekiranya tidak mempunyai tugasan di hotel, beliau akan berjamaah di masjid dan membantu kerja-kerja syukbah.

Petang ahad lalu, kami beramai-ramai hadir ke rumah beliau di Grace Court Sembulan berkenduri memohon keselamatan buat beliau sekeluarga. Sudah tentu kehadiran Ustaz Haji Muchlish dan Datuk Haji Mokhtar Rapok serta ramai jamaah masjid di rumah beliau sebagai suatu tanda sokongan dan persahabatan dalam dunia dakwah.

%d bloggers like this: