Archive for 24 Januari 2011


NORSHILLA ABTARA

Setiap kali menziarahinya, dia sering kelihatan tersenyum. Saya suka benar menziarahi Shilla. Dia pesakit istimewa bagi ramai orang terutama warga Hospital Queen Elizabeth ini. Bagi sesetengah pegawai perubatan hospital sama ada doktor atau jururawat, mereka lebih baru atau junior berbanding Shilla.

Shilla yang dilahirkan pada tahun 1994 bakal berumur 17 tahun pada 20 Februari nanti. Shilla sudah berada di sini sejak 30 Mei 2001 iaitu hampir 10 tahun. Lebih separuh umurnya di sini. Mula-mula diletakkan di wad kanak-kanak ketika dia berumur 7 tahun. Sakitnya bermula apabila bermain dengan sepupunya lalu terhantuk di kepala. Sepupunya itu meninggal dunia sehari kemudian sementara dia dihantar ke Kota Kinabalu dari kampungnya di Pulau Banggi.

Sejak itulah Shilla terlantar di Hospital Queen Elizabeth dan berpindah-pindah wad apatah lagi dia sudah masuk dalam wad perempuan dewasa. Dia tidak boleh lagi berjalan-jalan walaupun disorong di kerusi roda untuk dibawa bersiar-siar. Mujurlah kakaknya yang sering menemaninya di wad ini. Shilla baru pandai membaca dan menulis sedikit demi sedikit. Kerana istimewanya Shilla, dia selalu mendapat hadiah daripada pengunjung seperti anak patung dan ada sebuah tv kecil yang mengubati kesunyiannya.

Kata kakaknya, seorang tua berbangsa tionghua sering menziarahinya dan pada setiap tahun akan membawakannya kek harijadi untuk Shilla. Sesiapa yang ada masa, ziarahilah Shilla untuk mengubati kesunyiannya, apatah lagi untuk mengajarnya mengaji iqra, al-Quran, beribadah dan sebagainya.

Kami bertemu pada petang ahad di Hospital Queen Elizabeth saat dia menemani ibunya yang ditahan di wad berkenaan. Nampaknya kesihatannya semakin baikĀ  walaupun berat semakin susut daripada 120kg kepada 70kg setelah menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu, kini beliau sudah mula mengajar di sekolahnya di Tenom.

Cikgu Rizal dalam sembang kami masih bersemangat dan menunjukkan kepada saya risalah yang dibuat untuk diedarkan kepada jamaah Masjid ar-Rahman Pekan Tenom. Katanya ada risalah mingguan dan ada risalah bulanan. Bahkan beliau mengajak saya untuk menulis sedikit artikel untuk risalah bulanan itu nanti yang bermula pada februari.

Jiwa pendakwahnya masih belum luntur apabila setiap kali selepas rawatan dialisis, beliau terus melakukan ziarah kepada pesakit di Hospital Tenom. Selain itu, beliau juga mula kembali sebagai khatib di masjid dan mengisi program menurut kemampuan beliau. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepadanya.

 

%d bloggers like this: