Selain melayari web rasmi KUIZM (http://kuizm.org) saya turut berkesempatan bertemu dengan beberapa mahasiswa sulung kolej ini. Saya difahamkan sudah dua pengambilan dilakukan oleh pihak pentadbiran kolej dengan skala yang kecil memandangkan tempat dan penginapan yang masih terbatas dan proses penambahbaikan yang masih berjalan kini. Pada pengambilan pertama, terdapat 23 orang pelajar hujung september lalu – saya bertemu sendiri seorang pelajar Sabah dari Beaufort di sini (Taman Melewar), sementara pengambil kedua pada Mac lalu hanya seramai 11 orang.

Kini pentadbiran KUIZM telah membuka kemasukan bagi pengambilan kumpulan ketiga yang dijangka bermula pada September 2011. Antara program yang ditawarkan ialah Diploma Muamalat dan Kewangan Islam (Fakulti Syariah) dan Diploma Dakwah dan Komunikasi (Fakulti Usuluddin) untuk tempoh 3 tahun. Dalam web berkenaan juga menjelaskan yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM1,500 untuk satu semester.

Syarat kemasukan untuk ke KUIZM ialah LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kepujian; dan LULUS Bahasa Arab Tinggi ATAU Bahasa Arab Komunikasi ATAU  LULUS Sijil Menengah Agama (SMA) ATAU yang diiktiraf setaraf. (Disyaratkan lulus subjek Matematik (SPM) untuk Diploma Muamalat & Kewangan Islam).  Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh mendapatkan borang permohonan pelajar di pejabat KUIZM atau muat turun terus dari website KUIZM & hantar kepada :

PEJABAT PENDAFTAR, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD, Peti Surat 44 Gombak, 53800 Kuala Lumpur.  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Ustaz Mohd Norhan Hamsi  (017-9503455), Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman (012-3484140) atau emel ke : info@kuizm.org