Archive for 15 Jun 2011


KULIAH DARUSSYIFA 2

Setelah perasmian dan pelancaran Darussyifa’ Sabah 22 Mei 2011 lalu sekaligus kuliah pertama bersama pengasasnya Ybhg Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, kuliah kedua pula telah diadakan pada siang ahad lalu, mulai jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang di bilik kuliah 2 Masjid Negeri Sabah. Kuliah kali ini menyentuh lapan penyakit jasmani dan bentuk rawatannya, disampaikan oleh dua orang pembimbing yang didatangkan khas dari Darussyifa’ Bangi iaitu Ustaz Abdul Razak Mahadi dan Tuan Haji Mokhtar Kassan yang juga Ketua JK Klinik Darussyifa’.

Pada sesi pertama, Ustaz Abdul Razak terlebih dahulu memimpin bacaan asas 10 ruqyah pertama antaranya surah al-Fatihah, ayatul Kursiy (al-Baqarah : 255), ayat pemecah & kesuburan (al-Anbiya : 30), ayat peransang selera (Fussilat : 31&32) ayat pemecah kebuntuan (al-Hasyr : 21-24) diikuti dengan beberapa doa-doa dan ruqyah daripada hadith seterusnya kemudian menghuraikan serba sedikit ayat-ayat dan doa-doa berkenaan.

Dalam sesi ini juga Ustaz Abdul Razak turut menerangkan bahawa dalam pengubatan Islam bukanlah semata-mata bergantung kepada ruqyah al-Quran dan hadith sahaja tetapi merupakan kombinasi doa, ruqyah serta bahan rawatan tertentu seperti air, tumbuhan dan pelbagai herba yang boleh dimanfaatkan berdasarkan kepada ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh manusia yang telah melakukan kajian terhadap khasiat dan kelebihan setiap bahan yang digunakan.

Sebagai contoh, antara bahan¬† rawatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW adalah seperti madu lebah, habbatus sauda’, kurma ajwah, daun bidara, daun inai dan lain-lain.¬† Semuanya ini bersandarkan kepada hadith-hadith baginda, membuktikan bahawa apa yang disarankan oleh Rasulullah SAW adalah bermanfaat sama ada sebagai penawar kepada sesuatu penyakit atau pemeliharaan kesihatan. Walaubagaimanapun diingatkan bahawa setiap bahan yang digunakan sebagai ubat mestilah dipastikan halal, kerana sebarang penggunaan bahan yang kotor dan tidak halal adalah dilarang oleh Allah SWT.

Ustaz Abdul Razak dan Tuan Haji Mokhtar turut berkongsi ilmu dalam kaedah dan doa rawatan bagi lapan jenis penyakit iaitu asma, buasir, batu karang, kencing manis, darah tinggi, ketumbuhan, kayap dan migrain. Seperti dijelaskan, semua rawatan adalah kombinasi antara doa, ruqyah dan bahan-bahan tertentu seperti (untuk penyakit asma) lendir belut, buah kelapa tumbuh, madu lebah, getah buah betik muda atau sup anak burung ciak. Dalam kelas diajar juga cara penyediaan dan penggunaan bahan-bahan berkenaan. Alhamdulillah.

Walaupun meletihkan, pada akhir kelas ini saya membuat kesimpulan bahawa ilmu Allah SWT terlalu luas, Dia menjadikan segala sesuatu yang berada di bumi ini untuk dimanfaatkan oleh manusia dalam perkara yang baik. Terlalu banyak yang diperolehi dalam kelas ini dan memerlukan ulangkaji yang bersungguh-sungguh. Kepada mereka yang berhasrat untuk menyertai pengajian Darussyifa Sabah, nantikan pengambilan baru pada awal tahun 2012, insya Allah.

EGYPTIAN HULK

Lain bahan yang saya cari di youtube, lain pula yang saya dapat. Lelaki gagah dari Mesir ini mendakwa diberi kekuatan 30 ribu lelaki dan 260 kuasa kuda. Sayyid Muhammad pernah berkahwin sebanyak 28 kali dan mempunyai 38 orang anak lelaki dan perempuan. Ketika rakaman ini (2007) beliau mempunyai 4 orang isteri dengan kemampuan seksual 15 kali sehari. Tengok dan dengar sajalah temuramah kepada beliau dan dua orang isterinya.

%d bloggers like this: