Tag Archive: KUIZM


Sumber : http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/41020-pas-dan-pendidikan-tinggi-kolej-universiti

KESEDARAN dan keinginan untuk mengukuhkan lagi rantaian pendidikan dalam PAS telah mendorong untuk PAS bergerak bagi menubuhkan institusi pengajian tinggi. Berbanding dengan gerakan Islam lain di luar negara, PAS agak terlambat untuk memiliki institusi pengajian tinggi miliknya sendiri.

Ini berkemungkinan kerana tekanan politik yang dialaminya akibat bersaing dengan pihak kerajaan serta faktor kekangan kewangan parti tersebut.

ILHAM

Di antara usaha PAS melalui Lajnah Tarbiahnya untuk memberikan pendidikan tinggi dan pendidikan berterusan  kepada ahli-ahli ialah menubuhkan ILHAM, iaitu ditubuhkan pada tahun 1994. Kampus utama ILHAM ialah di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar (kini dijadikan kampus KUIZM) dan ILHAM juga mempunyai cawangan-cawangannya di beberapa buah negeri.

Matlamat utama ILHAM ialah untuk menyediakan kepada masyarakat awam terutama ahli PAS sendiri program-program diploma dan pensijilan berkaitan dengan Tasawwur Islam.

ILHAM juga telah berjaya mengembangkan cawangannya ke seluruh negara dan menawarkan kursus kepada ahli masyarakat dan juga ahli PAS pelbagai tawaran kursus, di mana tenaga pengajarnya terdiri daripada ahli akademik kampus tempatan dan juga pimpinan PAS yang mempunyai latar akademik yang baik dan berpengalaman sebagai ahli akademik.

Manakala latar belakang pelajar-pelajar ILHAM pula terdiri daripada mereka yang tidak mendapat pendidikan formal dalam pengajian Islam terutama yang mengikuti Diploma Tasawur Islam.

ILHAM adalah cita-cita PAS untuk meningkatkan keupayaan masyarakat dan ahli PAS dalam memahami Islam dan cabarannya, juga hasrat PAS untuk mengulamakkan intelektual dan mengintelekkan ulama di dalam PAS.

Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS)

Penubuhan kolej universiti yang terletak di Seri Gombak ini adalah diinisiatifkan oleh sebuah badan koperasi yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Koperasi Siswazah Berhad (KOSIS).

KOSIS telah ditubuhkan pada tahun 1994 semasa Dewan Pemuda PAS dipimpin oleh Haji Abu Bakar Chik, bertujuan untuk menghimpun dan menyatukan siswazah penyokong  PAS, lulusan dalam dan luar negeri.

Koperasi ini mendapat sambutan yang hangat di awal penubuhannya dan mendapat publisiti yang baik daripada jaringan PAS. KOSIS telah meluaskan perniagaan termasuk telah berjaya menubuhkan sebuah kolej yang menawarkan pengajian di peringkat diploma.

KUDQI

Di antara kolej pengajian tinggi yang telah berjaya ditubuhkan oleh PAS oleh Kolej Darul Quran Islamiyyah Terengganu yang terletak di Kampung Kubang Lembek. Kolej ini telah diasaskan oleh Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang juga Exco Pendidikan Kerajaan Terengganu (1999-2004).

Kolej ini antara lain bertujuan meluaskan proses pendemokrasian ilmu terhadap anak-anak ahli PAS yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan untuk menampung keciciran alumni Maahad Darul Quran Rusila yang tidak berjaya ke Timur Tengah.

Kolej ini menawarkan pengajian diploma dan mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti luar negara seperti IAIN, Indonesia.

Kolej Islam Darul Ulum (KIDU)

Kolej ini adalah cetusan Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS yang juga pernah menyandang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah. Penubuhan kolej ini adalah bertujuan untuk melahirkan ulama amilin yang mampu memimpin masyarakat ke arah pengamalan Islam yang menyeluruh.

Datuk Fadzil Noor terinspirasi dengan Markas Pusat Jamaat-e-Islami, Pakistan yang terletak di Mansoorah, di mana terdiri daripada kompleks pendidikan yang lengkap, temasuk rumah tetamu dan rumah pimpinan utama Jamiat Islami.

Kolej ini adalah projek PAS Kedah untuk membina jaringan pendidikan kepada anak-anak ahli PAS sebagai penerus perjuangan. Perjuangan untuk membina kolej ini sangat dramatik kerana tercetusnya isu perampasan tanah ini pada tahun 1987 sehingga membawa kepada tangkapan ISA.

Kolej ini telah dibina dengan sumbangan derma orang ramai, ahli-ahli PAS yang ingin melihat sebuah pusat pengajian tinggi berjaya direalisasikan.

KUIZM

PAS juga menubuhkan KUIZM di Taman Melewar dengan hasrat melahirkan generasi berpendidikan yang akan terus menjadi kader perjuangan Islam. KUIZM digerakkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat semasa di bawah kepimpinan almarhum Ustaz Datuk Harun Taib, seorang tokoh pendidikan PAS.

Pelbagai usaha dilakukan untuk membaikpulih bangunan yang asalnya merupakan markas tarbiah PAS Pusat yang sentiasa dihidupkan dengan majlis-majlis ilmu. Usaha harakatul ummah ini sangat tersusun dalam menggerakkan pendidikan, semenjak daripada pra sekolah sehinggalah keperingkat pengajian tinggi.

HARAKAHDAILY 1/5/2016

TAKLIMAT KHAS PRESIDEN PAS

Tarikh : 9 Januari 2016

Lokasi : Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM)

20160109_132739 C360_2016-01-09-09-55-12-634 IMG-20160109-WA0027 IMG-20160109-WA0039

Tarikh : 3 Jun 2015

Lokasi : KUIZM Taman Melewar

20150603_084906 20150603_085248(0) 20150603_091330 20150603_092502 20150603_095633 20150603_095951 20150603_104836 20150603_155545 20150603_171629 20150603_171758 20150603_191751(0) 20150603_192335

MENJELANG MUKTAMAR DUPP 2015

Tarikh : 2 & 3 Jun 2015

Lokasi : KUIZM

Foto-foto mesyuarat khas sebelum muktamar DUPP. Ustaz Mohamad Suaid pula bertemu sahabat lamanya zaman sekolah iaitu Ustaz Wan Ahmad Rashidi Othman yang kini adalah SUK DUPP. Khabarnya sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

20150602_225345 20150602_233259 20150603_001323 20150603_002141

 

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar Gombak Kuala Lumpur. Sebarkan kepada mereka yang berkenaan.

KUIZM

BICARA BAJET

Tarikh : 18 Oktober 2014

Lokasi : Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM)

KUIZM Bajet (1) KUIZM Bajet (2) KUIZM Bajet (3) KUIZM Bajet (4) KUIZM Bajet (5) KUIZM Bajet (6) KUIZM Bajet (7) KUIZM Bajet (8)

Tarikh : 16 Mac 2014

Lokasi : Dewan Dato’ Fadzil Mohd Noor, KUIZM Taman Melewar

Ucaptama : YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Liqa Fikri DUPP (1) Liqa Fikri DUPP (2) Liqa Fikri DUPP (6)

Liqa Fikri DUPP (3) Liqa Fikri DUPP (4) Liqa Fikri DUPP (7) Liqa Fikri DUPP (8) Liqa Fikri DUPP (9) Liqa Fikri DUPP (10)

Takiri

Sumber : di sini

Gombak: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairudin Aman Razali Attakiri menggesa Ulama Pelapis membina keterampilan diri pada usia muda ini kerana para ulama terkemuka telah menjadi terkenal sebelum mencapai usia 40 tahun. Segala ilmu yang dikuasai ialah berdasarkan kepada pembacaan dan penguasaan ketika usia muda.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tajnid al-Judud, program perkaderan Ulamak Pelapis Pusat yang diadakan di KUIZM pada Hari Sabtu yang lalu. Program ini telah mendapatkan sambutan yang baik dengan kehadiran dari peserta yang mencecah 200 orang dari kalangan graduan pengajian Islam, sejak 5 tahun kebelakangan. Ia merupakan program yang dirancang untuk menyusun tenaga baru di kalangan graduan muda untuk membantu Dewan Ulama khasnya dan PAS amnya.

Menurut Dr. Khairudin lagi, Tuan Guru Presiden telah menjadi popular dengan “Amanat Haji Hadi” ketika usia beliau 38 tahun. Ini menandakan usaha menjadi ulama yang terkemuka perlu dibina pada usia yang muda. Ketika usia muda, sementara tanggungjawab masih tidak banyak, banyak masa boleh dihabiskan untuk membaca, menulis dan sebagainya. Justeru, graduan dalam pengajian Islam perlu memanfaatkan masa dan ruang yang ada dalam membina kemampuan peribadi dari sudut akademik dan membina ketrampilan diri sebelum menjadi sibuk dengan tanggungjawab yang banyak akan dipundakkan kepada mereka apabila mencecah usia matang nanti.

Beliau menasihatkan para Ulamak Pelapis, khasnya graduan yang baru agar meminta kerja, bukan menanti kerja datang. Bukan mencari jawatan, tetapi mencari kerja untuk membantu gerak kerja Islam. Beliau memberikan beberapa contoh peribadi beliau dalam menjalankan kegiatan parti sehingga jawatan yang disandang oleh beliau sekarang.

Dalam majlis yang sama, Ketua Ulamak Pelapis PAS Pusat, menasihatkan semua Ulamak Pelapis agar membantu Dewan Ulama khasnya dalam berhadapan dengan pilihanraya 13 ini. Beliau menyarankan agar peluang ini diambil untuk meneguhkan saf ulama pelapis di semua peringkat agar usaha memperkasa kepimpinan Ulama mencapai sasarannya.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah beroperasi sejak September 2010 lalu akan menerima kemasukan baru pada Februari 2012. Sehubungan dengan itu, pihak KUIZM amat mengalu-alukan pelajar-pelajar lepasan 4 thanawi, SMU/SMA, SPM, STAM, pelajar tahfiz yang telah tamat hafalan 30 Juzu’ Al-Quran dan yang berkelayakan untuk menyambung pengajian dalam dua bidang yang ditawarkan iaitu DIPLOMA MUAMALAT & KEWANGAN ISLAM dan DIPLOMA DAKWAH & KOMUNIKASI.

Pihak KUIZM memohon jasa baik pihak Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan untuk menghebahkan di tempat Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan tentang penubuhan kolej ini dan memaklumkan kepada pelajar-pelajar di kawasan Ustaz/Ustazah/ Tuan/Puan berkenaan dengan maklumat pengajian dan pengambilan pelajar baru KUIZM sesi Februari 2012 .Untuk maklumat lanjut, sila layari website kuizm www.kuizm.org

Pada kesempatan ini, saya juga amat berbesar hati untuk memohon sumbangan ikhlasDANA PENDIDIKAN KUIZM  dari pihak Dato’/YB/Ustaz/Tuan/Puan bagi menampung kos penyempurnaan bangunan dan pendidikan pelajar. Sebarang sumbangan boleh dibuat atas namaAKADEMI PENDIDIKAN ZULKIFLI MUHAMMAD no. akaun 14041010074783(Bank Islam Malaysia Berhad). Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Mohd Norhan B Hamsi (017-9503455).

Mudah-mudahan pihak Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan kami. Segala kerjasama yang bakal pihak tuan berikan diucapkan ribuan terima kasih. Jazakumullah khairal jazak.

Sekian, wassalam.

Selain melayari web rasmi KUIZM (http://kuizm.org) saya turut berkesempatan bertemu dengan beberapa mahasiswa sulung kolej ini. Saya difahamkan sudah dua pengambilan dilakukan oleh pihak pentadbiran kolej dengan skala yang kecil memandangkan tempat dan penginapan yang masih terbatas dan proses penambahbaikan yang masih berjalan kini. Pada pengambilan pertama, terdapat 23 orang pelajar hujung september lalu – saya bertemu sendiri seorang pelajar Sabah dari Beaufort di sini (Taman Melewar), sementara pengambil kedua pada Mac lalu hanya seramai 11 orang. Teruskan membaca

%d bloggers like this: