Archive for 2 Jun 2011


Saya tersenyum kepada seorang ibu tua yang berada di sebelah saya ketika hendak duduk dalam pesawat. Sementara di hujung sebelah tingkap seorang perempuan muda berkulit putih. Gayanya seperti tiada hubungan antara dia dengan ibu tua itu. Kami berada di barisan kedua dari belakang pesawat Penerbangan Malaysia, pagi itu. Saya lewat masuk ke perut pesawat walaupun penumpang yang duduk belakang dipanggil lebih awal seperti kebiasaannya.

Kesal saya melihat sebelum itu perempuan muda tersebut berkeras seperti budak kecil hendak duduk di hujung bersebelahan tingkap. Macam budak-budak. Apalah tahunya si ibu tua itu yang barangkali umurnya sekitar 60-70 tahun, terpaksa keluar semula memberi laluan kepada perempuan muda itu masuk ke dalam. Bertolak ansurlah dengan orang tua! Seperti saya sebenarnya kedudukan asal juga duduk berdekatan tingkap, kononnya hendak merakam pemandangan, tetapi apabila melihat dua anak-anak kecil bersama ibunya, saya memilih untuk duduk dekat ibu tua tadi.

Sang pramugara datang menyapa si ibu, bertanyakan hal minuman. Si ibu merengek bagai anak kecil, menjawab dalam bahasa yang kami semua tidak fahami. Barangkali saya agak seperti bahasa kadazan-dusun. Mungkin. Saya tertarik pramugara tetap melayan santun ibu tua ini walaupun sepatah kata kalimahnya tidak difahami. Dia bercerita dengan saya, menjawab sekadar anggukan sahaja. Kasihan, mana anak-anak dan keluarganya membiarkan dia sendirian. Saya kira ibu ini mesti kebosanan.

Sekitar 20 minit kemudian, pramugara tadi datang lagi. Saya cuba mengingati namanya, kalau tidak salah Shafie. Katanya orang Perak. Kali ini dia hendak menyajikan sarapan pagi. Si ibu merengek pula menggeleng tidak makan apa-apa. Merajuk pula. Namun pramugara tetap menyantuninya, meletakkan sekotak berisi makanan dan minuman. Kasihan saya melihat si ibu kesusahan tidak tahu membuka kotak makanan berkenaan. Saya mulanya berharap perempuan muda di sebelahnya membantu, tetapi dia buat tidak tahu saja. Akhirnya saya tolong ibu berkenaan.

Berkerut wajahnya melihat makanan tersebut. Akhirnya dia menyuap perlahan-lahan. Tidak habis, barangkali tidak sesuai dengan selera tekaknya. Dia bercakap lagi, tapi sayang dalam bahasa ibundanya yang saya tidak fahami. Saya yakini ada keluarganya yang duduk di hadapan atau belakang, membiarkan ibunya kesusahan sendiri. Beginilah, kalau kita membawa ibu tua menaiki penerbangan, jangan biarkan dia sendirian apatah lagi dia kekok dengan suasana dan tidak memahami bahasa orang sekelilingnya. Santunilah ibu kita.

Ucapan Dasar Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, disampaikan oleh YB Dato’ Haji Ahmad Yaakob selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama’ mewakili Ketua Dewan Ulama’, Tuan Guru Dato’ Haji Harun Taib.

 

%d bloggers like this: