Archive for 8 Jun 2011


AMAL DUA DEKAD

Sumber : http://amal2dekad.blogspot.com/

Sejarah

Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.

Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri.

Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat. Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan. Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005. Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.

Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin Elias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastik dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru.

Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.

***********

Jabatan Amal Malaysia merupakan salah satu badan beruniform yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat dengan hasrat menjadikan unit tersebut sebagai sayap yang mampu memasyarakatkan PAS melalui aktiviti kepemudaan dan kebajikan.Jabatan Amal Malaysia akan meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-20 tahun pada tahun 2011 ini. Sambutan ulang tahun ini akan dilakukan secara ala Karnival dengan kerjasama DPPP dan DUN Bangi.

 Objektif Program

Meraikan sambutan 20 tahun penubuhan Unit Amal

Jana pendapatan kepada Unit Amal Negeri dengan jualan

Memasyarakatkan Unit Amal bersama masyarakat

Maklumat Program

Program Sambutan 20 Tahun Jabatan Amal akan dianjurkan secara karnival selama 2 hari 1 malam dengan kerjasama DPPP dan DUN Bangi. Program sambutan 20 tahun Jabatan Amal Malaysia akan bermula pada hari Jumaat, 29 Julai 2011 dengan Program Makan Malam Amal.

“Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang”

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih. Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari itu.

“Ada (media) menyatakan pimpinan baru ini kumpulan Erdogan. Saya kata ini bukan Erdogan, ini (Tuan Guru Datuk) Nik Aziz dengan Hadi Awang, ini bukan AK parti, ini Parti Islam Se-Malaysia PAS,”katanya membidas laporan media yang membuat label tersebut.  Membuat bidasan lebih lanjut, beliau kemudiannya turut memperincikan kepelbagaian latar belakang individu di dalam saf kepimpinan baru PAS itu.

Katanya kepimpinan baru yang diterajuinya itu terdiri daripada lapan ulama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat. Komposisi itu katanya menunjukkan kabinet PAS mempunyai pemimpin rencam termasuk ulama. Malah katanya perlembagaan PAS juga memperuntukkan enam AJK dilantik, empat anggota dewan harian dan semua pesuruhjaya negeri untuk bersama kabinet baru.

Tahaluf siasi dalam Pakatan berjaya

Dalam ucapan itu juga, Presiden PAS itu juga menyifatkan kerjasama politik dengan PKR dan DAP, berjaya. Kejayaan itu katanya boleh dilihat kepada sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin meningkat akibat kefahaman mereka terhadap perjuangan keadilan Islam yang dibawa PAS.

“Persefahaman kita, mengekalkan jati diri kita sebagai orang Islam, memperkenal mesej Islam kepada bukan Islam tanpa paksaan. Berbeza dengan persefahaman wala’ Umno BN yang menghilangkan jati diri, hilang hak dan hilang jati diri Islam itu sendiri,” katanya menegaskan perbezaan. Mengulas isu pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat untuk PRU ke-13 pula, beliau mengingatkan jentera di sesuatu kawasan memastikan kekuatan mereka dahulu sebelum berkira-kira mahu PAS bertanding.

“Kalau nak kerusi untuk bertanding, kawasan itu kena ada jentera, cawangan kena hidup dan kuat, (baru) kita boleh bertanding. Tapi tak kan semua kerusi kita nak tanding, itu bukan tahaluf,”katanya.

%d bloggers like this: