Archive for 18 Jun 2011


Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid al-Hilal Kg Tanjung Dumpil, Putatan

Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Bulan Rejab dikenali sebagai bulan solat memandangkan kewajipan solat diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kewajipan solat 5 waktu yang diterima bukan sebagai bebanan untuk menyiksa umat sebaliknya solat adalah ubat mujarrab dalam mengubati pelbagai penyakit umat. Kerosakan akhlak dan peningkatan jenayah daripada kalangan umat Islam kebanyakannya berpunca daripada pengabaian terhadap kewajipan solat samada solat dengan tidak sempurna, solat pada waktu rajin sahaja atau meningggal terus solat 5 waktu atas pelbagai alasan termasuk malas. Apabila manusia meninggal solat maka hilang rasa taat kepada Allah sehingga menjadi hamba kepada nafsu serakah.

Bukankah kita pernah mendengar bahawa solat adalah tiang agama, lalu ramai umat Islam melakukan amalan lain dan meninggalkan solat? Apa bezanya apabila tiang bangunan diruntuhkan lalu ada yang mahu membaiki bahagian lain dengan wang berjuta sudah pasti sesuatu bangunan bukan semakin tegak berdiri sebaliknya membilang hari untuk runtuh berkecai. Kajian demi kajian terhadap golongan yang meninggalkan solat menunjukkan bahawa jumlahnya semakin teruk bukan bertambah baik sebagaimana jumlah kerosakan akhlak dan jenayah yang bukan semakin turun sebaliknya semakin meningkat. Oleh itu kita wajib bersungguh dalam memastikan ahli keluarga dan anggota masyarakat kita supaya menjaga solat barulah kita selamat dunia akhirat.

Dalam perjalanan Isra’ Mi’raj, Nabi Muhammad s.a.w dibawa melawat neraka, antaranya melihat penyiksaan terhadap orang yang meninggalkan solat. Baginda melihat orang yang meninggalkan sembahyang disiksa dengan mereka memecahkan kepala mereka sendiri. Ini merupakan suatu amaran yang keras agar kita dan keluarga kita  serta masyarakat sekitar dapat menjaga sembahyang dengan baik terutama pada hari ini ramai di kalangan umat Islam tanpa segan silu meninggalkan sembahyang dengan pelbagai alasan termasuk kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Semua dijemput hadir terutama di Surau Maritim, Surau al-Baari Taman Ketiau dan Masjid Kampung Sembulan Lama.

%d bloggers like this: