Archive for 3 Jun 2011


USTAZ NIK RADZI NIK MAT

Saya tidak langsung melihat ke arah penceramah dan saya asyik menulis di laptop sambil-sambil mendengar penceramah membentangkan fakta-faktanya. Saat beliau mula berceramah, telinga saya mula memberi perhatian. Suaranya seperti saya pernah saya dengar. Saya terbayangkan wajah al-Mursyidul Am Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lontaran suaranya, lenggok ayatnya, contoh dan tamsilan yang diberikannya sama seperti abangnya. Saya dimaklumkan Ustaz Nik Radzi Nik Mat adalah adik bungsu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan daripada sembilan beradik. Jujurnya saya belum pernah mendengar beliau berceramah atau berkuliah sebelum ini. Pertama kali mendengar, saya sudah tertarik. Beliau saat itu mengutarakan isu penyebaran video lucah, sehingga mencabar para ulama agar tidak bersekongkol dan tidak menjadi syaitan bisu. Lembut tapi tegas.

Memandang kepada kesibukan dan keuzuran Tok Guru Nik Abdul Aziz, saya terfikir kalau boleh mengundang beliau datang ke Sabah. Apa kata?

UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Muktamar Tahunan PAS ke – 57

2011

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN

MUKADDIMAH

الحمد لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين ,وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير . اللهم وصل وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه إلى يوم الدين.

1. Yang Dihormati Pengerusi Tetap, YAB Tuan Guru Dato’ Mursyidul ‘Am, Sohibul Fadhilah Dato’ Timbalan Mursyidul ‘Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Yang Berhormat Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, Dato’ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan-Dewan, Ketua dan Ahli Jawatakuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

2. Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun ini di bangunan yang sudah bertukar wajah menjadi mercu baru dalam sejarah PAS. Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.

3. Kita memulakan perjuangan ini di atas landasan yang benar dengan sejarah tersendiri. PAS ditubuhkan oleh kumpulan Islam yang bertali arus di sepanjang zaman, melibatkan para ulamak, para ilmuwan dalam segala bidang dan rakyat, bagi melangsungkan perjuangan Islam yang tidak tamat dengan wafatnya Rasulullah SAW.

Teruskan membaca

%d bloggers like this: