Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pada isnin lepas menerima kunjungan rombongan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada isnin lepas di tingkat 10, Wisma MUIS. Rombongan JAIS diketuai oleh pengarahnya Tuan Haji Marzuki Hussin bersama 11 orang pegawai kanan jabatan berkenaan. Sementara di pihak JHEAINS diketuai oleh Pengarah Datuk Haji Amri A Suratman bersama pegawai-pegawai yang lain.

Antara tujuan kunjungan JAIS ialah untuk melihat perkembangan pemakaian undang-undang Syariah khususnya penggunaan keterangan sains forensik DNA dalam kes-kes syariah bagi kes Persetubuhan haram. Turut dibincangkan ialah perkongsian maklumat berkenaan peraturan pentadbiran perkahwinan di Sabah dan kesepakatan dalam perkongsian kepakaran khususnya dalam perkara berkaitan pendakwaan dan pengendalian kes-kes di Mahkamah Syariah.

Saya hadir dalam pertemuan itu mewakili Ketua Bahagian Penyelidikan dan Informasi, Ustaz Musally Moksin.