Archive for 5 Julai 2011


EKSKLUSIF BERSIH 2.0

Percayalah, kita hampir menuju saat pilihanraya – Abang Mad.

Faktor 3M – Money, Media & Missionary yang digunakan oleh BN untuk mempengaruhi rakyat. – Mustafa Ali.

Penipuan yang berlaku sangat terang-terang. SPR terlibat melakukan penipuan dan melanggar prinsip perlembagaan persekutuan – DSAI.

Pertambahan daftar memilih pos  sangat meragukan – Saifuddin Nasution Ismail.


Dia seorang pendakwah hebat yang kita semua kenali namanya. Sosok tubuh yang sering mengisi dunia dakwah melewati garis Indonesia dengan ceramahnya yang dihadiri jumlah yang tidak sedikit. Saya tidak pernah bertemu dengannya tetapi sering membeli kaset-kaset ceramahnya, belajar caranya menghurai sesuatu ayat al-Quran atau hadith Rasul dengan cara yang santai dan dekat dengan masyarakat sasarannya.

Kiyai Haji Zainuddin MZ, 60 tahun yang terkenal dengan gelaran ‘daie sejuta ummat’ telah meninggal dunia pada 9.22 pagi 5 Julai 2011 di Jakarta.  Semoga Allah SWT memasukkan beliau dalam kelompok manusia terpilih atas perjuangannya dalam dunia dakwah, mendapat rahmat dan keampunan sehingga dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Al-Fatihah.

JAKARTA, 5 Julai — Ulama dan pendakwah Indonesia yang terkenal dengan panggilan “Dai Sejuta Umat” Zainuddin MZ, meninggal dunia di Hospital Pusat Pertamina di sini hari ini akibat serangan jantung.  Zainuddin 60, yang suatu ketika dulu pernah menceburkan diri dalam dunia politik tetapi kemudiannya kembali aktif berdakwah, meninggal dunia pada pukul 9.22 pagi.

Laporan Bernama Online menyebut ribuan masyarakat menziarah jenazah beliau di kediamannya di Jalan Gandaria 1, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono adalah antara yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Menurut anak pertamanya Haikal Fitri, Zainuddin semalam mengeluh pening kepala kerana tekanan darah tinggi sehingga tidak berupaya pergi ke Blitar, Jawa Timur untuk berdakwah, dan beliau sendiri telah menggantikan bapanya ke majlis itu

Zainuddin dikebumikan di halaman belakang Masjid Jame Fajrul Islam, dekat rumahnya petang ini, sebagai menunaikan hajat beliau.

Ceramah terakhir KH Zainuddin MZ

%d bloggers like this: