Kenangan ketika ziarah eidul fitri lalu.
Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali.
Ustaz Abidin Omar, 52 tahun, guru di Sekolah Menengah Agama Islamiah Papar kembali ke rahmatullah jam 6 pagi ini di Hospital Papar. Janazah akan dikebumikan di Taman Perkuburan Kg Benoni Papar.
Ust Abidin adalah seorang guru, otai, dan blogger yang menjadi inspirasi saya sebenarnya. Dalam blognya http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/ beliau menulis mengenai dirinya :
“TIADALAH AKU MELAINKAN SEORANG HAMBA ALLAH SWT YANG DAIF. KERANA ALLAH HAMBA BERJUANG DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI INI(BUKAN ISLAM HADHARI.)”
Mengenai blognya, beliau menulis :
Selamat Melayari Ambuyat El-Binangkit yang sarat dengan INFO berkaitan AGAMA termasuk Hujjah Kebenaran Islam, tidak ketinggalan ISU SEMASA dan SENSASI. Inilah sumbangan Ana dalam MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.
Kemaskini terakhir blog beliau ialah pada 28 Disember lalu dengan memaparkan berita politik Pakatan Rakyat
Ust Abidin @ Abdin bin Umar @ Omar dilahirkan di Kampung Benoni Papar pada 27 Disember 1957. Beliau meninggalkan seorang isteri yang dinikahi pada 1984 dan 7 orang anak.
Ketika menziarahi beliau pada hari raya lalu, saya menulis :
Beliau sarat dengan pengalaman. Berada di Universiti al-Azhar 1982-1987 dalam bidang Usuluddin (Tafsir).
Dalam perkhidmatan awamnya, pernah menjadi pengetua di SMAI Tawau, SMAI Papar, Ketua Nazir Pendidikan JHEAINS, PTA JHEAINS Sandakan dan Pengetua SMAI Beaufort.
Kini beliau kembali dan memilih sebagai guru agama biasa saja atas beberapa alasan kesihatan dan kesibukan tugas.
Beliau juga adalah hakim MTQ Negeri Sabah dan Fertival Kompang, Barzanji dan Marhaban Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jangan lupa, beliau juga adalah pengendali blog terkenal : http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/. Statistik menunjukkan lebih 600 ribu pengunjung sejak november 2007.
Isi kandungan blog beliau bukan setakat berita terkini tetapi juga koleksi bahan-bahan yang boleh menjadi rujukan semua.
Berita lanjut akan menyusul. Saya hendak bergerak menziarahi janazah Allahyarham di Papar. Sama-sama kita menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
Sunngguh terkesan di hati..baru tghmalam smlm saya cuba mengenali Allahyarham apabila di ruang feedjit di blog ummuasiah ada kunjungan dari blog tersebut. Terlalu banyak maklumat di sana..baru terfikir nak letak link di blog ummuasiah…sedih sekali..akan tetap link kan sbb terlalu bnyk maklumat di sana.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya…pasti ada pahala yang mengalir dari hasil blognya..moga perkara yg sama tersedia utk kita…
Ana harap adalah sapa-sapa yang sudi menyambung ilmu bahasa arab yang baru dilancarkan oleh allahyarham (terutama ustaz abu nuha, sebab anta rapat dengan allahyarham dan ada sedikit kemahiran berblog). Tak banyak ustaz-ustaz kita yang berani tampilkan ilmu bahasa arab dalam blog atau mungkin mereka terlalu sebok dengan program ilmu yang lain.
Ana rasa pemergian allahyarham satu kehilangan yang besar; walaupun ana baru saja 2 tahun menjenguk-jenguk dan menceduk ilmu beliau melalui maya.
Ya Allah….. jadikanlah segala amalan allahyarham melalui blognya itu sebagai amal soleh di sisiMu….. Amin
Innalillahi wainna ilaihi raji’un.
Terima kasih atas makluman ini.
Sedih menyapa hati ini walaupun tidak mengenali ALlahyarham di luar namun beliau pernah berkunjung ke blog saya dan meminta izin menyiarkan tulisan saya di blognya.
Tolong sampaikan salam saya pada isteri beliau dengan lafaz, ‘Assalamu’alaikum’.
Semoga Allah menempatkan ruh beliau bersama hamba-hambaNya yang dikasihinya.
Semoga perjuangan beliau melalui blog dapat diteruskan oleh anak-anak beliau.
Wassalam.
Alafatihah
Semuga roh mu ditempatkan dikalangan org yang soleh
Innalilllah…satu2 blog yang ambo boleh bagi 10/10 dengan ilmu maklumat yang padat. Walaupun tuannya telah tiada tapi ilmu sumbangannya amat diperlukan..semoga ada pewarisnya yang boleh meneruskan jasa baik beliau…TAKBIR!