Archive for 25 Januari 2010


INGAT MENGINGATI

1. Sabda Nabi SAW : “Kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman, di mana sahaja ia ditemui maka orang beriman lebih layak dengannya”.

2. Firman¬† Allah : “Nun. Demi qalam dan apa yang mereka tulis”.

3. Sabda Nabi SAW : “Agama Islam itu nasihat. Kami bertanya : Bagi siapa? Sabda Nabi : Bagi Allah, RasulNya, kitabNya, pemimpin orang Islam dan rakyatnya”.

4. Firman Allah : “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu suruh orang berbuat baik, meninggalkan kemungkaran dan kamu sendiri beriman kepada Allah..”

5. Sabda Nabi SAW : “Sesiapa di kalangan kamu yang melihat satu kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangannya; jika tidak mampu dengan lidahnya; jika tidak mampu dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman”.

6. Firman Allah : “Pada hari ini, Kami kunci mulut mereka, tangannya bercakap dengan Kami sementara kakinya menjadi saksi atas apa yang mereka lakukan”.

7. Firman Allah : “Wahai orang beriman, jika datang seorang fasik membawa khabar berita kepada kamu, maka hendaklah kamu selidiki supaya kamu tidak¬†menimpakan satu kaum dengan sebab kejahilan kamu, nanti kamu menyesal atas tingkah laku kamu”.

Demikian nas yang saya bentangkan di hadapan sahabat-sahabat blogger dalam pertemuan singkat ahad lalu. Jadilah blogger yang menyampaikan kebenaran dan bertanggungjawab atas semua tulisannya. 

Satu

Alkisah di sebuah masjid satu kejadian beberapa tahun lampau. JK Masjid mengatur program demi program untuk pengimarahan masjid. Penduduk setempat digesa untuk hadir solat berjamaah.

Hanya satu kurang di masjid itu. Tiada apa-apa pengajian tetap.

Suatu jumaat, khatib naik mimbar. Sesekali lancar, sekejap menyangkut gagap. Itu lumrah khatib di kampung-kampung. Apabila menyambung khutbah kedua, pak khatib langsung berbicara dalam bahasa Melayu, meninggalkan rukun yang semestinya.

Di kalangan jamaah, tiada yang terkejut atau menunjukkan reaksi. Sama saja.

Dua

Seorang anak yang agak dewasa menangisi pemergian ibunya. Penduduk kampung datang menziarahi janazah. Ketika itu si anak sedang membacakan yasin sambil didengari oleh orang ramai.

Si anak tergagap-gagap membaca dan menamatkan yasinnya dalam keadaan sukar sekali. Bukan kerana sedih, tetapi kerana dia tidak tahu membaca al-Quran.

Tiga

Dalam kes solat gerhana matahari, seorang yang dipanggil ustaz di kawasannya telah ‘mengharamkan’ solat gerhana matahari dilakukan selepas solat asar kerana waktu itu adalah waktu haram solat.

Sudah ustaz yang lain mendiamkan diri, akhirnya masjid berkenaan yang sememangnya ramai jamaah tetapnya, tidak mengadakan solat sunat gerhana matahari tempohari.

Moralnya : Jomlah kita pergi belajar menambahkan ilmu pengetahuan. Antaranya, kuliah fikah Mazhab Syafie di Masjid Negeri Sabah, selasa malam rabu 8.30-9.30 malam.

%d bloggers like this: