Archive for 4 Januari 2010


MOTIVASI MINDA SUPER! 2010

1) Masjid Jamek Layang-Layangan, WP Labuan

Hampir setiap kali pulang ke Labuan, saya akan ke sini untuk sampaikan tazkirah. Kali terakhir, 2 minggu lalu. Di sini, saya juga pernah jadi khatib Jumaat. Antara masjid yang saya senang sekali dengan jamaahnya.

Di sini saya mengenali baik dengan Tuan Hj Basran Jamil, Tuan Hj Hamir, Ustaz Tamrin dan lain-lain.

2) Masjid Telekom Malaysia (TM), Sepanggar

Kalau balik musafir dari sebelah utara – Ranau, Kundasang, Kota Belud, Kota Marudu – biasanya singgah untuk solat di sini. Lokasinya mudah bagi orang bermusafir untuk singgah solat atau membersihkan diri kerana terletak di tepi jalan utama.

Terakhir singgah di sini, pada jumaat lalu. Kami solat jumaat di sini, berkhatib dan berimamkan Ust Hj Ithnin Hashim.

3) Masjid Sahabat, Sindumin Sipitang & Merapok Lawas

Saya belum berkesempatan masuk ke dalam masjid ini. Dinamakan Masjid Sahabat kerana terletak di tengah-tengah sempadan Sabah Sarawak. Sebelahnya Sindumin Sipitang Sabah, dan di sebelahnya Merapok Lawas.

Terletak bersebelahan dengan jalanraya check point Sindumin-Merapok. Ketika kunjungan PUM ke Sipitang sempena Maulidur Rasul lalu, Ust Hj Ithnin Hashim ditugaskan menyampaikan ceramah di masjid ini.

%d bloggers like this: