Archive for 14 Januari 2010


PASAR IKAN

JUMAAT

Hari raya qurban lalu jatuh pada hari jumaat. Satu Muharram juga jatuh pada hari jumaat. Krismas 25 Disember 2009 berlaku pada hari jumaat.

Gerhana bulan tempohari berlaku pada pagi jumaat. Tahun baru 1 Januari 2010 juga pada hari jumaat. Gerhana matahari esok juga pada hari jumaat.

Insya Allah pada 12 Rabiul Awwal 1431H bersamaan 26 Februari 2010, kita akan menyambut tarikh kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW juga pada hari jumaat.

Sewajarnya, peristiwa-peristiwa ini mengingatkan kita kepada satu perkara, iaitu hari kiamat juga berlaku pada hari jumaat.

Semoga Allah memberi kita hidayah dan menyelamatkan kita daripada kedahsyatan hari kiamat.

Firman Allah dalam surah al-Qiyaamah 6-13 :

Dia bertanya (secara mengejek) : “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka jawabnya : (Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpinar-pinar (kerana gerun takut). Bulan hilang cahayanya, matahari serta bulan dihimpunkan bersama, maka pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat) : “Ke manakah hendak melarikan diri?”

Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

Satu lagi, apabila peristiwa hari kebesaran berkenaan berlaku pada hari jumaat, maka banyaklah jumaat kita bercuti. Jadi, sepatutnya kita lebih awal datang ke masjid dan wiridnya pula lebih panjang berbanding hari lain.

%d bloggers like this: