Archive for 18 Januari 2010


40 orang daripada kalangan Imam-Imam Daerah dan Penolong Pegawai Tadbir Agama (PPTA) JHEAINS hadir dalam Konvensyen Pengurusan Masjid 2009 akhir tahun lalu di Hotel Palace Kota Kinabalu.

Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah dari Hidayah Centre Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang menjadi salah seorang penceramah undangan menyampaikan satu slot bertajuk : Menjadikan Masjid Sebagai Pusat Komuniti Masyarakat : Satu Pendekatan Pengurusan Cemerlang.

Hj Nic antara lain menyeru pegawai-pegawai masjid agar bersikap lebih kreatif dalam menarik masyarakat pelbagai generasi kepada rumah Allah.

JHEAINS khususnya para imam dan JK Masjid seharusnya duduk berbincang bersama untuk mencari pendekatan berdasarkan syariah dan sirah Nabawi SAW dan bukannya menutup ruang masjid hanya sebagai tempat solat semata-mata.

Terdahulu, di lokasi yang sama diadakan juga Persidangan Imam-Imam Daerah JHEAINS yang melibatkan seluruh imam daerah negeri Sabah.

Tiga tokoh terdiri daripada imam besar dan dua mantan imam besar hadir menyampaikan ilmu masing-masing berkenaan masalah bacaan al-Quran, solat dan yang berkait dengannya.

Mereka ialah Datuk Hj Asmali Bachi (mantan imam besar), Ust Hj Nahar Mantamin (mantan imam besar) dan Ust Hj Ibrahim Kisab (Imam Besar Masjid Negeri Sabah).

Majlis penutup dilakukan oleh Pengarah JHEAINS, Datuk Hj Amri Suratman. Turut hadir timbalannya, Ust Md Sidik Ag Adi dan pegawai-pegawai Bahagian Pejabat Agama, Wilayah & Daerah.

Buat sementara, gambar ceramah Ir Khairil Nizam di Masjid Kg Muhibbah adalah yang terakhir menggunakan kamera Canon.

Kamera Canon EOS dihantar semula ke ‘hospital’ pagi tadi, untuk rawatan lanjut setelah mengalami sedikit komplikasi. Masih ada waranti, sudah hampir 20 ribu keping gambar diambil sejak ia dibeli April tahun lalu.

Sebagai ganti sementara, kamera telefon bimbit akan mengambil tempat. Walau tidak sebaik kamera digital Canon, bak kata orang, kalau tiada rotan akar pun berguna.

%d bloggers like this: