Ini suasana dalam kelas saya – semester 4, di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Foto dirakamkan ketika saya mengadakan sesi ujian atau latihan tahriri @ menulis al-Quran secara hafaz. Saya mula memahami dan mendapati, walaupun secara umumnya hafazan anak-anak didik kami khususnya di semester ini bagus, tetapi latihan menulis ayat-ayat al-Quran hampir tiada dibuat.
Apabila mengadakan latihan sebegini, saya memahami bahawa sebenarnya mereka ingat sesuatu ayat dan kalimah, tetapi huruf itu tidak dibunyikan kerana wasal dengan kalimah berikutnya. Ini boleh saya sedari sebagai contoh pada kalimah yang mempunyai huruf alif lam di awal kalimah, atau huruf alif ziyadah (tambahan) di hujung kalimah yang tidak berfungsi daripada segi bacaan tetapi wujud pada tulisan.
Ketika peperiksaan sebenar, kelemahan ini ketara berlaku di atas kertas jawapan mereka. Saya mengakui kurang latihan dan situasi itu akan diperbaiki lebih kerap lagi. Latihan menulis (tahriri) secara hafazan sebegini sangat penting bukan semata-mata untuk peperiksaan, tetapi apabila mereka menjadi guru al-Quran suatu hari ini, dan ia digabungkan pula dengan subjek rasm al-Quran dan dhobt al-Quran.