Archive for 31 Januari 2010


CIKGU NORAIZAH ABDUL HAMID

Atas izin Allah SWT dan ikhtiar pelbagai pihak, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) al-Aqsa Taman Limauan mula beroperasi pada awal 2008. Manis usaha mereka di sana kerana penduduk taman bekerjasama menjayakan PASTI berkenaan disamping pengurusan PASTI sendiri.

Meski tidak terlibat secara langsung di sana, saya mendengar kesungguhan mereka. Di kalangan ibu bapa, mereka membuat jawatankuasa bagi membantu kelicinan perjalanan PASTI.

Guru pertama PASTI al-Aqsa ialah Cikgu Noraizah Abdul Hamid, 29 tahun. Sebenarnya, antara orang yang bersungguh melaksanakan PASTI di sana ialah suaminya Ust Yusrizal Yusri, yang ketika itu bertugas di SMKA Tun Mustapa.

Teringat jasa mereka, rumah teres mereka dibahagi dua. Tingkat bawah dijadikan PASTI sementara mereka di atas. Isterinya pula menjadi guru selama setahun di situ sebelum mereka berpindah ke Bangi kerana Ust Yusrizal menyambung pengajian di UKM.

Rupanya dalam khidmat mereka di Sabah, ada sesuatu yang tidak diketahui. Cikgu Noraizah ketika itu sudah menunjukkan tanda kanser payu dara.

Maklumat terkini menurut Ust Yusrizal, kesihatan isterinya semakin merosot. Berjalan perlukan pimpinan, tangan dan kaki agak lemah seperti kena stroke dan makan kanan juga turut bermasalah. Kanser khabarnya sudah merebak ke paru-paru dan tulang.

Setelah melalui rawatan kimo pertama kali, Cikgu Noraizah sudah serik dan fobia dengan rawatan berkenaan. Mereka kini tengah berusaha untuk mendapatkan rawatan alternatif.

Dalam saat ini, keluarga kedua-dua pihak memberikan sokongan penuh. Emak dan emak mertua Ust Yusrizal hadir membantu.

Di pihak kita, khususnya para guru dan pengurusan PASTI,  juga kepada ibu bapa dan pembaca blog ini harapnya dapat meluang sedikit masa untuk mendirikan solat hajat dan merafa’kan doa kepada Allah memohon kesejahteraan dan kesihatan yang terbaik buat Cikgu Noraizah.

Orang Islam itu bersaudara. Apabila satu anggota merasa sakit, yang lain terasa sama.

Berita yang dipetik dari Harian Ekspres, ahad 31 Januari 2010. Siapa di belakang Rotary International ini?

ROTARY INTERNATIONAL BERKHIDMAT UNTUK SEMUA

Gindanau Sakat

KOTA BELUD : Pertubuhan Rotary International bukanlah pertubuhan keugamaan, bukan juga perkauman dan tidak memihak kemana-mana penganut fahaman politik, kata Rotary International District Gorvernor Brunei, Malaysia dan Singapore Datuk Haji Mohd Latip Sarrugi.

Malah Pertubuhan itu katanya, pernah menghulurkan tenaga untuk menolong manusia seluruh sejagat, umpamanya di Haiti, Pakistan, Afghanistan, Negeria dan Both South India dan sebagainya.

“Sekarang ini kita sedang memerangi polio yang tinggal satu persen sahaja lagi, bersama dengan United Nation dan UNISCO dan yang lain, kerana ahli-ahli Rotary berada di mana-mana dan kami tidak memerlukan bayaran apabila melakukan sesuatu kebajikan.

“Kita memahami keadaan ini (sejagat) oleh itu kita sentiasa berusaha untuk persefahaman dan kedamaian dunia sejagat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas bersama rombongannya meninjau beberapa perkembangan projek yang dibiayai oleh Rotary International di kampung Ambong di sini, baru-baru ini.

Rombongan yang ditemani oleh Presiden Persatuan Sama Sabah (PSS) Haji Abdullah Sibil turut meninjau perkembangan pelaksanaan Paip Graviti dengan kos RM40,000 dan Perpustakaan Desa RM5,000 hasil sumbangan daripada Rotary International tahun lepas di kampung berkenaan.

Latip berkata, Rotary International memperolehi sumbernya yang dipanggil ‘maxing’ dapat menyatupadukan usaha tenaga dan wang ringgit daripada negeri-negeri lain yang memberi dana dan mereka yang sentiasa mengeluarkan wang yang dipungut daripada ahli-ahli, manakala Rotary International akan menambah sebanyak separuh yang diperolehinya.

Menyentuh mengenai budaya Latip berkata, Malaysia yang mempunyi wilayah dan terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, di mana daerahnya juga termasuk Brunei dan Singapore yang juga mempunyai persefahaman bersama dan saling menghormati perbezaan yang ada kental.

Sehubungan dengan itu katanya Rotary International juga mempunyai konsep setara dengan 1 Malaysia di mana akan meneruskan kesefahaman bersama yangs edia wujud dan menghormati  perbezaan yang ada kepada seluruh sejagat.

Rombongan itu dijamukan dengan hidangan tradisi kaum Sama di Kampung Kumpang Linau dan seterusnya mereka diberi peluang  menunggang kuda Kota Belud dengan cara tersendiri.

Difahamkan, Rotary International akan memberikan bantuan bencana banjir bagi daerah Kota Marudu sebanyak RM18,000 dan melalui satu majlis penyerahan wang yang akan diserahkan oleh Presiden Rotary Club of Luyang Chong Vun Then pada ahad ini.

%d bloggers like this: