Majalah : al-Ustaz
Penerbit : Telaga Biru Sendirian Berhad
Harga : RM9.00 / RM11.00
Satu lagi majalah agama terbitan Telaga Biru Sendirian Berhad selepas majalah Solusi dan Gen-Q. Keluaran pertama (isu perdana) baru saja berlegar di pasaran bermula 10 April lepas. Ia majalah agama yang berkonsepkan soal-jawab yang merangkumi pelbagai subjek aqidah, fiqah, tajwid, kekeluargaan, dakwah, kewanitaan, remaja, hadith, muamalat, tasawuf, politik, dan sebagainya.
Ketua pengarang kumpulan ialah Ustaz Pahrol Mohammad Juoi dan editor ialah Ustaz Mohamad Wahid Abd Hanif. Antara kolumnisnya ialah Ustaz Dr Zahazan sendiri, Ustaz Mohd Azrul Ismail, Ustaz Mohd Aizam Mas’od, Dato’ Ustaz Ismail Kamus, Dr Muhayya Mohammad, Ustaz Mohammad Haidzir Husain, Ustaz Amly Asenar, Ustaz Mohd Adib Hasan Saari, Ustaz Ahmad Husni Abdur Rahman dan ramai lagi.
Dapat majalah ini (jika di Kota Kinabalu) di Pustaka Aslam, Bazar al-Mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu; sementara di Wisma MUIS sila dapatkan di kiosk Azman Talib di ruang legar blok A berhadapan Masjid Negeri Sabah (019-5315577)
ASSALAMUALAIKUM..BAGI MANA SAYA HENDAK MENGLAGANI MAJALAH AL-USTAZ, KEMYUSKILAN SAYA DI SINI TENTANG AMANAH SAHAM BUMIPUTERA HALAL KA ATAU HARAM…..WASALAM.
Assalamualaikum, sy orang brunei, cmne nak buat tempahan majalah al-ustaz? post ke sarawak brapa ye?
sila rujuk web http://www.telagabiru.net.my/v2/ untuk urusan tempahan dll
Salam. Saya rasa terpanggil utk bertanya ekuran isu no 4 al-Ustaz, mengenai ‘Doa Munajat’ dimana RasululLah bersabda, wahai Aisyah, jgn kamu mengabaikan orang miskin meskipun dgn hanya memberikan kpdnya separuh kurma. Adakah separuh kurma nak di beri kpd orang kaya miskin hati??? Adakah ulama’ yg muktabar yg mengatakan demikian. Bagaimana dgn ahlul suffah ketika itu? Adakah kaya harta?
assalamualaikum.kedua-dua ibubapa saya sudah meninggal.saya bercadang nak buat korban pada tahun ini untuk kedua-dua ibubapa saya.soalan saya ,bolehkah daging sembelihan itu dimakan oleh waris-waris dan menantunya?
ASSALAMUALAIKUM…nama saya AHMAD ASHRAF BIN SUWANTO…..saya tinggal di perak….nk tanya, macam mana nk langgan majalah al-ustaz nie???