Archive for 20 April 2012


Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid al-Hilal, Kg Tanjung Dumpil Putatan

Firman Allah SWT bermaksud : Maha Suci Allah yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat dan memanglah Ia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya, dan Ia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi mereka yang bertaubat) (al-Mulk 1-2).

Allah SWT tidak menjadikan manusia dengan membiarkan mereka begitu sahaja tetapi mengutuskan para nabi dan raul dengan membawa ajaran Islam supaya manusia hidup dengan betul, melakukan perkara yang memberi manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat. Mengapa hari ini, kita berapa di dunia yang penuh dengan bencana, sedangkan manusia berada pada tahap paling mewah dan kaya?

Begitu sombong dan angkuhnya manusia, sedangkan di sana sini masih ramai yang miskin, kebuluran, kesakitan, tiada wang membiayai kos perubatan, tiada harta menyara keluarga dan pendidikan anak-anak. Pada masa yang sama, berlakunya keruntuhan akhlak, maksiat dan kemungkaran, jenayah yang membahayakan, serta keganasan yang menjadikan manusia lebih jahat daripada binatang buas.

Marilah kita membuat muhasabah diri dan melihat punca. Puncanya ialah apabila manusia meninggalkan ajaran Allah SWT, manusia yang merosakkan iman, islam dan ihsan. Perkara yang berkait dengan keyakinan dan ketaatan kepada segala perintah Allah, Islam yang mengatur kehidupan manusia dan akhlak serta hubungan baik dengan Allah SWT serta seluruh kehidupan di dunia ini.

Seorang bayi dengan mempunyai 6 kaki telah dilahirkan pada minggu lepas di Pakistan. Bayi itu mempunyai kembar berkumpul, yang terlalu awal, menyebabkan anggota tambahan terjadi. Salah satu daripada bayi kembar tersebut tidak berkembang sepenuhnya. Ini menyebabkan struktur fizikal kaki tambahan itu seolah-olah  hadir untuk bayi. (Sumber : http://bestoneoffour.wordpress.com/)

%d bloggers like this: