Archive for 22 April 2012


JADUAL MERAWAT

Sesuai dengan kedudukan Negeri Sabah yang rakyatnya pelbagai suku kaum dan agama, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sabah kini dapat melebarkan pengaruhnya dan memecahkan satu lagi tembok yang menghalang perhubungannya dengan masyarakat Malaysia secara keseluruhan apabila kini menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), satu sayap parti bagi rakyat non muslim yang berminat menyertai parti berkenaan.

Di Plaza Tanjung Aru Kota Kinabalu pada pagi sabtu, YB Datuk Paduka Haji Husam Musa, Naib Presiden PAS yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan DHPP Negeri Sabah di hadapan 100 tetamu termasuk di kalangan bukan Islam sekitar Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Pitas dan lain-lain. Husam juga menerima borang keahlian masuk yang disampaikan oleh wakil-wakil kawasan berkenaan dan sebagai simboliknya, Husam menyerahkan bendera parti kepada mereka.

Dalam ucapannya, Datuk Husam menjelaskan orang Islam dididik untuk melakukan kebajikan dan kebaikan kepada orang lain yang berbeza bangsa dan agama. Perbezaan agama dan bangsa juga tidak mewajarkan orang Islam menzalimi orang lain. Beliau juga menyeru ahli PAS di Sabah bersatu tenaga, bekerja keras untuk menawan hati seluruh rakyat Sabah dengan mendengar masalah mereka, memikirkan dan membantu menyelesaikannya tanpa memilih suku bangsa dan agama. Inilah ajaran Islam yang syumul yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Terdahulu Pengerusi DHPP Sabah Sim Kang Loon dalam ucapannya mengakui tanggungjawab berat untuk memahamkan rakyat Sabah khususnya yang bukan berugama Islam namun berjanji akan bekerja keras untuk memberikan kemenangan kepada PAS di Sabah dalam pilihanraya akan datang. Beliau juga menyeru orang bukan Islam pelbagai bangsa menyertai DHPP dan bersatu untuk memberi kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Sabah.

Pada sesi yang kedua, diadakan dialog dan soal jawab yang mendapat sambutan yang baik┬ádaripada para peserta yang hadir yang dipengerusikan oleh Sdr Lahirul Latigu Ketua Pemuda PAS Sabah. Menarik apabila Husam bertanya kepada seorang pakcik dari Pitas, apakah yang semestinya dilakukan untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat di Sabah, pakcik berkenaan menjawab : “Satu hati”.

Turut hadir ialah YB Dr Mohd Hatta Ramli (Pengarah Pilihanraya PAS Pusat), Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Malaysia), Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia), Tuan Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Ustaz Haji Awang Laiman Ikin (Setiausaha PAS Sabah) dan Tuan Haji Mohammad Abdullah (Penasihat PAS Sabah).

%d bloggers like this: