Archive for 4 Februari 2014


Akhirnya dapat solat di surau yang terkenal ini.

surau annur

 

Surau BBB (1)Surau BBB (2)Surau BBB (3)Surau BBB (4)Surau BBB (5)Surau BBB (6)Surau BBB (7)Surau BBB (8)Surau BBB (9)Surau BBB (10)








Alhamdulillah, bersama dua sahabat Darussyifa’ Sabah – Hamid Ismail dan Chef Abdullah Ahmad – kami dapat berziarah ke Darussyifa’ Bangi sejak semalam hingga tengahari tadi. Terus terang, sejak menuntut ilmu pengubatan Islam khususnya bersama Darussyifa’ Sabah, saya memang mendambakan untuk berziarah ke sini.

Melihat bagaimana rupa bentuk bangunannya, isinya, bagaimana proses rawatan seterusnya meminta nasihat dan taujihat daripada perawat-perawat kanan sendiri. Bahkan kami berhasrat pada peringkat awalnya untuk melihat sendiri Tuan Guru Dr Haron Din merawat, sebelum kemudiannya beliau disahkan kesihatannya kurang memuaskan sebagaimana kita maklum.

Kami tiba di Bangi betul-betul menjelang maghrib, ketika pada ahli Darussyifa’ berpusu-pusu menuju ke bangunan Darussyifa’. Mengikut jadual lazim, petang isnin adalah kuliah mingguan Tuan Guru bersama ahli-ahli Darussyifa’. Walaubagaimanapun oleh kerana Tuan Guru dalam tempoh rehat selepas keluar wad, majlis malam itu diganti dengan solat hajat, bacaan yasin dan sebagainya.

Kami sebagai aktivis Darussyifa’ Sabah, sementelahan saya dilantik dalam Lajnah Dakwah Darussyifa’ Sabah dan Ketua Perawat di Darussyifa’ Lok Kawi, kunjungan ke Darussyifa’ Bangi sangat tepat untuk melihat sendiri bagaimana susun atur pusat rawatan dan nasihat-nasihat yang boleh dibawa pulang dan diterapkan di pusat rawatan Islam Darussyifa’ Sabah.

Darussyifa'Bangi (1) Darussyifa'Bangi (2) Darussyifa'Bangi (3)Darussyifa'Bangi (4)Darussyifa'Bangi (5)Darussyifa'Bangi (6)Darussyifa'Bangi (7)Darussyifa'Bangi (8)Darussyifa'Bangi (9)Darussyifa'Bangi (10)Darussyifa'Bangi (11)Darussyifa'Bangi (12)Darussyifa'Bangi (13)Darussyifa'Bangi (14)Darussyifa'Bangi (15) Darussyifa'Bangi (16)Darussyifa'Bangi (17)Darussyifa'Bangi (18)Darussyifa'Bangi (19)Darussyifa'Bangi (20)Darussyifa'Bangi (24)Darussyifa'Bangi (25)Darussyifa'Bangi (26)Darussyifa'Bangi (27)

%d bloggers like this: