Archive for 24 Februari 2014


Setinggi tahniah kepada pasukan Unit Amal PAS Putatan yang berombongan ke Keningau dalam khidmat kebajikan membersihkan kawasan sebuah sekolah yang terlibat dalam banjir yang berlaku baru-baru ini.

Lebih 20 orang menyertai rombongan tersebut dan mereka bertolak sejak awal pagi dan kembali ke Kota Kinabalu lewat petang. Semoga Allah SWT membalas kebajikan yang dilakukan oleh Unit Amal Putatan tersebut.

Amal Putatan (1) Amal Putatan (2)

Buku yang baru dibaca :

pas&pilihanraya

Penulis : Mohd Hasbie Muda

Penerbit : Megamind  Leadership

Harga : RM28.00 / RM30.00

Sebagai gerakan Islam, PAS tidak pernah kalah selagi ia terus berjuang membawa obor perjuangan Islam. Tetapi sebagai sebuah parti politik berdaftar yang sentiasa memberikan harapan dan komitmen kepada rakyat untuk membuat perubahan dalam pemerintahan negara, kekalahan itu tetap perlu diakui. Mengakui kekalahan adalah langkah pertama untuk mencipta kemenangan.

PAS perlu memberikan tumpuan yang lebih dalam memperkasa pendidikan politik sama ada dalam kalangan ahli dan pimpinan parti mahupun dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu. Ia bertujuan agar masyarakat lebih memahami isu-isu politik yang wujud mencakupi isu-isu ekonomi, perundangan, pendidikan, sosial, agama, sains politik dan pelbagai lagi isu yang berkait rapat dengan soal pemerintahan negara.

Pendidikan politik akan menjadi pencerahan yang tulen dan terang benderang. Apabila rakyat celik, kerajaan akan lebih berhati-hati untuk membuat keputusan agar tidak menzalimi dan membebankan rakyat. Kerajaan juga akan lebih berhati-hati dalam membelanjakan wang pembayar cukai agar ia benar-benar membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Justeru, ketirisan dan penyelewengan dapat dikurangkan.

%d bloggers like this: