Archive for 21 Februari 2014


 

Masjid Hilal

Sumber : JHEAINS

Musuh akan memperdaya dan mengheret umat Islam sehingga ke lubang biawak. Hal ini pernah diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud :

“Kamu akan mengikut jejak langkah orang sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (HR Imam Muslim)

Mafhum dan pengajaran daripada Hadith ini, umat Islam beringat-ingatlah, bahawa golongan Yahudi, Nasara dan musuh kalangan munafiqin dan musyrikin sama ada atas nama mereka orentalis, liberalis, pluralis dan sebagainya, mereka ini akan mencari-cari apa jua cara, gaya, jalan, fesyen, budaya, media dan medium yang boleh memperdaya, menarik serta mempengaruhi umat Islam secara halus, sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal berusaha menarik umat Islam khususnya golongan muda-mudi Islam yang lemah kefahaman Islam, lemah aqidah dan tiada jati diri sebagai umat Islam.

Ingatlah, sesungguhnya di zaman Rasulullah SAW musuh Islam cuba mempengaruhi umat Islam dengan membina ‘masjid dhirar’, meniru ayat-ayat Al Quran, berusaha meruntuhkan Ka’abah oleh tentera Abrahah, membina Ka’abah untuk mengelirukan umat Islam, mendakwa menjadi Nabi seperti Musailamatul-Kazzab yang telah mendakwa dirinya sebagai nabi dan lain-lain lagi.

Hari ini, lagi banyak cara yang boleh memperdaya dan mengelirukan umat Islam sama ada melalui penulisan, ICT, media, budaya, pendidikan, ekonomi, pemikiran hatta fesyen pakaian dan sebagainya.

Sebagai contoh melalui media, mereka akan mempergunakan perang media dengan pelbagai cara siaran media yang menyeronok hawa nafsu, akhirnya umat Islam terlupa segala panduan syariat, etika dan akhlak Islam. Di mana satu masa nanti umat Islam tidak lagi merasa berdosa bila mengamalkan riba dan rasuah dalam perniagaan. Tidak merasa berdosa berbuat fitnah melalui media. Tidak berasa berdosa makan riba dan rasuah.

Dalam fesyen berpakaian, mereka akan reka pelbagai bentuk rekaan pakaian yang menarik, tetapi kita terlupa bahawa rekayasa fesyen pakaian mereka itu secara tidak disedari telah lari dari garis etika berpakaian dalam Islam, hari ini remaja dan muda-mudi Islam sudah tidak terasa bersalah berpakaian ketat dan nipis yang melihatkan bentuk badan. Bertudung hanya sekadar fesyen bukan kerana tuntutan Syariat yang mewajibkan setiap umat Islam menutup auratnya.

Pada hal menutup aurat itu adalah wajib dan diganjari pahala di sisi Allah SWT, malah Allah SWT menjamin kemuliaan orang yang memelihara auratnya kerana Allah semata-mata.

Hal-hal ini mungkin dilihat remeh dan kecil sahaja, tetapi kesan dan natijahnya mungkin menyebabkan umat Islam perlahan-lahan hilang identiti diri sebagai umat Islam. Tidak mustahil satu ketika nanti ada kalangan umat Islam memandang remeh dan tidak ambil peduli lagi segala garis panduan syariat dalam berpakaian, akhirnya tidak mustahil juga akan tercabut iman, kerana kita mempertikaian Syariat dan ajaran Islam itu sendiri, WAL’IYAZUBILLAH!!!

Tarikh : 19 & 20 Februari 2014

Pengisian kelas : Iqra’, talaqqi al-Quran dan menghafaz al-Quran mengikut pilihan masing-masing. Hubungi 013-8510199 jika berminat untuk belajar.


KTHM, M52 (1)KTHM, M52 (2)KTHM, M52 (3)KTHM, M52 (4)



%d bloggers like this: