Tag Archive: Yayasan Amal Malaysia Sabah


MASJID ENTILIBON TONGOD

Tarikh : 11 Julai 2015

Lokasi : Masjid an-Nur Kg Entilibon Tongod

Program : Program berbuka puasa jamaie, solat berjamaah maghrib, isyak – witir, tazkirah dan penyampaian sumbangan akhir ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sabah.

20150711_181326 20150711_181727 20150711_182207IMG-20150711-WA0190 20150711_200834IMG-20150711-WA0160 20150711_202029 20150711_205910 20150711_20594320150711_213628 20150711_213701IMG-20150711-WA0183IMG-20150711-WA0191 IMG-20150711-WA0194 IMG-20150711-WA019720150711_212438

Tarikh : 11 Julai 2015

Lokasi : Surau Kg Langkabong Tongod

Program : Penyampaian sumbangan sajadah gulung, duit raya, pakaian solat dan buku agama. Tazkirah Ramadhan, soal jawab agama bersama Ustaz Rafihi Wasihim dan sesi bergambar.

20150711_145503 20150711_150541 20150711_150553 20150711_150607 20150711_151052 20150711_151328 20150711_155911 20150711_160011 20150711_160102 20150711_160153 20150711_160220 20150711_160241 20150711_160540 20150711_160809 20150711_161616

Tarikh : 9 Januari 2015

Lokasi : Kuala Krai Kelantan

Sekitar jam 8 pagi kami bergerak menuju ke Kuala Krai bersama sebuah lori dan van. Perjalanan memakan masa sekitar 2 jam lebih termasuk beberapa kali berhenti dan aliran trafik yang perlahan kerana banyak kenderaan khususnya bantuan yang bertali arus ke arah Kuala Krai dan Manek Urai.

Kuala Krai (1) Kuala Krai (2) Kuala Krai (3) Kuala Krai (4) Kuala Krai (5) Kuala Krai (6) Kuala Krai (7) Kuala Krai (8) Kuala Krai (9) Kuala Krai (10) Kuala Krai (11) Kuala Krai (12) Kuala Krai (13) Kuala Krai (14) Kuala Krai (15)

Tarikh : 8 Januari 2015

Lokasi : Terminal 2, LTA KK – LT Sultan Ismail Petra Kota Bharu Kelantan

Alhamdulillah, saya dapat memulakan catatan penting ini apabila dapat menyertai rombongan gabungan beberapa NGO Sabah seperti Yayasan Amal Malaysia Negeri Sabah, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan JK Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Keseluruhannya, rombongan ini membawa puluhan kotak ikan bilis, beg sekolah, wang tunai yang bernilai tidak kurang RM50 ribu. Semua sumbangan adalah daripada rakyat Sabah yang diumumkan lewat masjid dan surau, sebaran lisan dan media sosial seperti fb, whatsapp dan sebagainya.

???????????? ????????????

Rihlah Kelantan (3)

???????????? ????????????

Rihlah Kelantan (6)

???????????? ????????????

Rihlah Kelantan (9) Rihlah Kelantan (10) Rihlah Kelantan (11)

Selepas solat zuhur dan asar – jamak qasr – bermula aktiviti dan penyediaan masak memasak yang akan disediakan kepada penduduk Kg Lambuak Darat. Semua kerja-kerja ini dilakukan di perkarangan Masjid Daerah (Kecil) Pulau Banggi, diketuai oleh Tuan Haji Salman Ismail.

Sebahagian pula berkeliling di sekitar pekan dan persisiran pantai yang indah. Memang mengasyikkan melihat air lautnya yang sangat jernih dan suasana yang mendamaikan. Sebahagian anak-anak kecil di sini kelihatan memancing dengan cara mereka sendiri, manakala kami mencuba-cuba memancing bersama mereka.

Hampir jam 5, kami tiba di Surau Kg Lambuak Darat, meneruskan kerja-kerja menyediakan sumbangan kepada penduduk kampung dan jamuan berbuka puasa. Ada sedikit masa berbaki sebelum tiba penduduk kampung dan masuk waktu maghrib, kami membaca ma’thurat dan menempah buah kelapa untuk menghilang dahaga beberapa minit lagi.

Satu perkara yang kami sedari, surau ini tidak mempunyai bekalan elektriknya sendiri, melainkan menumpang dan ditarik dari rumah berhampiran yang juga menggunakan generator sahaja. Ia hanya dipasang apabila waktu maghrib hampir tiba. Soket yang ada di dalam surau kecil ini hanya ada satu, berkongsi dan bergilir antara kipas dinding (yang dipinjam) dengan sistem pembesar suara.

Ketika solat, suis kipas ditutup untuk memberi laluan kepada suis mikrofon pula. Saya tidak tahu keadaan penduduk kampung, tetapi rombongan kami memang terasa kepanasan dan peluh membasahi pakaian masing-masing.

Dalam suasana cahaya yang tidak cukup, saya menyampaikan tazkirah ringkas, sementara anakanda Brenge siswa Maahad yang saya bawa sebagai imam solat sehingga selesai tarawih dan witir. Sejumlah penduduk kampung juga menerima sumbangan yang kami bawa dari Kota Kinabalu.

Selesai majlis, kami kembali ke Pekan Karakit menaiki kenderaan pikap dan bermalam di Masjid Daerah (Kecil) Banggi dan sebuah rumah rehat yang berdekatan dengan masjid tersebut. Alhadulillah, misi kami selesai pada pagi tersebut dan kembali ke tanah besar Sabah di Pekan Kudat seterusnya singgah ke destinasi berikutnya.

Banggi (8) Banggi (9) Banggi (10) Banggi (11) Banggi (12) Banggi (13) Banggi (14) Banggi (15) Banggi (16) Banggi (17) Banggi (18) Banggi (19) Banggi (20) Banggi (21)Banggi (22)Banggi (23)

Tarikh : 5 Julai 2014

Lokasi : Pulau Banggi

Alhamdulillah, saya menyertai 15 peserta rombongan anjuran Yayasan Amal Malaysia Negeri Sabah membuat amal bakti di Pulau Banggi, di utara negeri Sabah sehari semalam pada 5-6 Julai lepas. Pulau Banggi adalah salah satu pulau yang dekat di hati petugas dan aktivis Yayasan Amal Malaysia kerana kekerapan mereka berziarah ke pulau ini. Saya pula untuk kunjungan ke sini adalah buat kali kedua.

Turut serta dalam rombongan ini ialah 2 pelajar muslimin Maahad Tahfiz yang saya bawa sebagai latihan beraktiviti bersama masyarakat mustad’afin. Perjalanan kami bermula dengan solat subuh di Masjid Bangka-Bangka Likas sebelum bergerak ke Kudat dengan 2 kenderaan selama hampir 3 jam. Pelayaran menaiki feri ke Pulau Banggi pula hampir sejam.

Kami disambut oleh wakil Yayasan Amal Malaysia yang merupakan aktivis dan pendakwah yang dilatih melalui Pusat Dakwah Serantau bawah kendalian Yayasan Amal juga. Berkumpul di Masjid Daerah (Kecil) Pulau Banggi di Pekan Karakit untuk berehat, menerima taklimat untuk pergerakan seterusnya, dan menunaikan solat zuhur/qasr secara berjamaah.

Bersambung..

 Banggi (1) Banggi (2) Banggi (3) Banggi (4) Banggi (5) Banggi (6) Banggi (7)

Tahniah pasukan Yayasan Amal Malaysia Negeri Sabah yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat, gotong royong membersihkan kawasan surau di Tenom ahad lepas. Tenom juga salah satu lokasi yang terbabit dalam banjir baru-baru ini.


AmalTenom1AmalTenom2AmalTenom3AmalTenom4AmalTenom5AmalTenom6AmalTenom7












haji khairan

Tuan Haji Khairan Untoh bersama SS Mufti Negeri Sabah. Foto dari Fb Haji Khairan.

Sumber artikel : di sini

NAMA Haji Khairan Untoh bukan saja dikenali sebagai Pengarah SIRIM Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan tetapi juga sebagai Pengerusi Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) Negeri Sabah. Amal Malaysia adalah sebuah organisasi bantuan dan khidmat sukarela yang terkenal bukan saja di negara ini bahkan ke peringkat antarabangsa. Beliau adalah seorang tokoh yang banyak terlibat dalam gerakan dakwah dan pernah menghadiri pelbagai konvensyen antarabangsa di Istanbul Turki, Dubai dan Manila.

Haji Khairan Untoh lahir di Kampung Payas-Payas Kota Belud pada 24 Februari 1958. Anak ketiga daripada tujuh adik beradik ini mendapat pendidikan rendah di SRK Timbang Dayang 1969-1971 sebelum meneruskan pendidikan menengahnya di SMK Arshad Kota Belud hingga Tingkatan Tiga (1972-1975)

“Saya tidak masuk tingkatan empat. Ngam-ngam ayah meninggal. Kita bukan orang kaya. Tiada yang menanggung belanja persekolahan,” katanya.

Berbekal keputusan Sijil Rendah Pelajaran Gred C, Haji Khairan mengikuti latihan di Hospital Tawau. Pada tahun 1981, beliau mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian. Sambil bekerja di Hospital, beliau mengikuti kuliah secara separuh masa di Institut Teknologi Mara (ITM) kini UiTM dalam jurusan Pentadbiran Awam.

Selepas itu, beliau bertugas pula di SIRIM sebagai pegawai kerani. Tidak lama kemudian, beliau bertukar ke Kuala Lumpur dan kesempatan itu digunakannya untuk melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Perniagaan di UiTM, dan merupakan salah seorang dari kumpulan pertama yang mengikuti pengajian itu ketika diperkenalkan di universiti itu.

Kemudian Haji Khairan dilantik sebagai Pegawai Tadbir di Sirim pada tahun 1986. Apabila Sirim dikorporatkan pada 1996, beliau dilantik sebagai Pengurus Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia. Beliau berpindah ke Sabah pada tahun 2000. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengurus Kanan selama tiga tahun sebelum dinaikkan sebagai Pengurus Besar Sirim dan kini beliau dilantik sebagai Pengarah Sirim Sabah sejak April 2011.

Dalam kegiatan kemasyarakatan, beliau adalah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah. Beliau juga adalah ahli IFRAD (International Federation for Relief and Development). Di peringkat kepimpinan Yayasan Amal Malaysia, beliau  adalah Ahli Jawatankuasa, Pusat Dakwah Serantau  selain menjadi Pengerusi Penyelidikan dan Pembangunan.

Selain itu, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Masjid Negeri, Pengerusi Lembaga Madrasah Islamiah Sabah.  Selain menguasai bahasa Melayu, Haji Khairan juga boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Cina dan Arab.

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HJ. SHAIDDIN sempat bersembang-sembang dengan Haji Khairan Untoh di salah sebuah restoran di Jalan Gaya, baru-baru ini bagi mengetahui serba sedikit mengenai beliau, pengalamannya di SIRIM, penglibatannya dalam Yayasan Amal Malaysia dan pandangannya mengenai pelbagai isu membabitkan masyarakat kini.

UTUSAN BORNEO:      Boleh ceritakan sedikit mengenai latar belakang tuan haji?

HAJI KHAIRAN:         Saya lahir di Kampung Payas-Payas pada tahun 1958. 24 Februari. Kampung Payas-Payas adalah sebuah perkampungan masyarakat Iranun. Kebanyakan penduduknya hidup dengan hasil-hasil pertanian. Saya mendapat pendidikan rendah di SK Timbang Dayang sebelum meneruskan pelajaran menengah di SMK Arshad Kota Belud hingga Tingkatan 3. Bagaimanapun saya tidak masuk tingkatan empat. Ngam-ngam ayah meninggal. Kita bukan orang kaya. Tiada yang menanggung belanja persekolahan.

UB:       Selepas itu, tuan haji ke mana?

HK:       Dengan berbekalkan keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Gred C, saya mengikuti latihan di Hospital Tawau selama dua tahun. Ketika latihan itu saya bertemu jodoh orang Lahad Datu. Umur saya ketika itu 21 tahun. Kemudian saya bertugas di Hospital Tawau.

UB:       Kemudian, apa yang berlaku selepas itu?

HK:       Saya fikir tidak boleh jadi. Dengan kelulusan hanya SRP (sekarang PMR). Saya berusaha untuk memperbaiki diri. Pada tahun 1981, saya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), satu kali, terus lulus. Saya mendapat empat kepujian termasuk Bahasa Melayu lulus cemerlang. Kemudian saya berpindah ke Kota Kinabalu. Ambil diploma Pentadbiran Awam di ITM Sabah (Kini UiTM Kampus Sabah) pada tahun 1982. Pada tahun itu juga, lahir anak saya yang pertama.

UB:       Ketika itu dimana tuan haji mengikuti kuliah?

HK:       Saya mengikuti kuliah di kampus ITM di Sembulan secara separuh masa. Kadang-kadang kuliahnya di kampus Menggatal. Selepas mendapat diploma dalam Pentadbiran Awam, isteri saya melanjutkan pelajaran di Melaka di peringkat diploma kejururawatan. Ketika itu, saya bertugas di SIRIM sebagai pegawai kerani.

Saya ikut bertukar ke KL dan kemudian mengambil peluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang perniagaan di ITM Shah Alam. Selepas mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, saya diberi pilihan sama ada mahu dilantik sebagai pegawai tadbir atau penyelidik. Saya memilih menjadi pegawai tadbir.Lagi pula latar belakang saya bukan dalam bidang teknikal. Saya bertugas di Kuala Lumpur dari tahun 1986 hingga tahun 2000.

UB:       Apa fungsi SIRIM?

HK:       SIRIM atau Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia adalah syarikat milik kerajaan di bawah Kementerian Kewangan. Sirim Berhad bertindak sebagai organisasi standarisasi dan kualiti negara. SIRIM juga merupakan pelopor dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan industri serta mempromosikan kedinamikan negara melalui kecemerlangan penggunaan teknologi dan penerimaan produk dan perkhidmatan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Apabila Sirim dikorporatkan pada tahun 1996, saya dilantik sebagai Pengurus Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia. Saya juga melalui pelbagai pengalaman dalam berbagai bidang seperti standardisasi, akreditasi dan sebagainya.

UB:       Selepas itu, bila tuan haji pindah ke Sabah? 

HK:       Pada tahun 2000, saya minta tukar ke Sabah. Mula-mula pihak pengurusan tidak beri kelulusan. Tapi saya bagi alasan, saya perlu bertukar ke Sabah kerana orang tua saya, tiada orang yang dapat menjaganya. Akhirnya saya dapat bertukar ke Sabah. Ketika itu, pejabat Sirim belum siap lagi. Pejabat itu siap pada tahun 2002.

Saya dilantik sebagai Pengurus kanan selama tiga tahun sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Sirim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.Selepas tiga tahun kemudian, saya dilantik sebagai Pengarah Sirim Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan pada April 2011.

UB:       Tentu banyak pengalaman di Sirim. Selain Sirim, khabarnya tuan haji aktif dalam Yayasan Amal Malaysia. Boleh cerita?

HK: Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) merupakan sebuah Badan Bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar secara sah dan ditubuhkan pada 30 Mei 2001. Ia merupakan sebuah Ngo yang berkhidmat untuk kemanusiaan dan beramal kerana Allah dan bergerak ke seluruh pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah.

UB:       Boleh tuan haji beritahu, apa antara program yang dilaksanakan oleh Amal Malaysia di Sabah?

HK:       Kita banyak mengadakan program di seluruh negeri. Antara aktiviti yang dijalankan oleh Amal Malaysia antaranya ialah membaiki   masjid di Kampung Luanti Ranau. Malah sebelum kampung itu terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan. Program membaiki  Masjid Al-Amal itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya masih ingat bersama mantan Pengarah Jakim Sabah, Haji Paimuzi Yahya, kami tidur tidur  di Luanti.

UB:       Ada program lain?

HK:       Selain itu, kita menjalankan projek di Pitas. Projek kemasyarakatan. Kita masuk kampung bawa doktor perubatan, buat rawatan percuma, di Kudat, Banggi, Keningau, Sandakan. Kita buat program di Kota Belud dan sebagainya. Selain itu kita juga adakan program berkhatan.Tiap-tiap hari raya Qurban, kita adakan majlis qurban.

Pada hari raya, baru-baru ini, kita agih-agihkan kira-kira 20 ekor sapi, 20 kambing untuk diqurbankan dan diagih-agihkan hampir ke seluruh Sabah. Kita juga membuat program untuk menyalurkan air gravity di Sook. Penduduk kampung di sana merasa amat gembira kerana tempat itu sendiri belum dikunjungi wakil rakyat.

UB:       Apakah Amal Malaysia ini mempunyai ahli atau cawangan di setiap daerah?

HK:       Di setiap daerah, kita lantik kordinator kordinator yang akan menyelenggara program-program yang kita adakan.

UB:       Bagaimana sambutan orang ramai terhadap program Amal Malaysia?

HK:       Masyarakat memberikan sambutan yang amat menggalakkan. Tujuan kita semata-mata beramal kerana Allah dan berkhidmat untuk kemanusiaaan. Walaupun ada juga orang yang salah tafsir dan menganggap kita berpolitik tapi sebenarnya tidak. Saya sendiri bukan orang politik dan tidak minat politik.

Kita bergerak semata-mata untuk kebajikan dan kesejahteraan masyarakat yang memerlukan perhatian. Di setiap kampung yang kita kunjungi, kita juga anjurkan program-program berbentuk riadah, sukan dan sebagainya. Kalau tiba waktu sembahyang, kita berhenti dahulu untuk solat. Masa sembahyang kita sembahyang.Kita lebih kepada dakwah bil hal.

UB:       Sebagai seorang yang banyak terlibat dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, bagaimana tuan haji melihat masyarakat kita hari ini?

HK:       Saya bukan orang politik. Saya juga tidak minat politik. Tapi ini tidak bermakna kita tidak peduli bangsa atau masyarakat kita. Kita lihat generasi muda kita, generasi Iranun contohnya.Adakah begini-begini saja.Kita tengok kampung kita, kemudian kita lihat kampung orang lain, banyak bezanya. Saya melihat dari aspek pendidikan masyarakat kita juga perlu ditingkatkan.

Saya fikir kita perlu mengadakan wacana pelan strategik bagaimana memajukan masyarakat kita. Kita bandingkan dengan bangsa lain atau masyarakat lain.Penyertaan masyarakat kita dalam pelbagai bidang perlu ditingkatkan.Selain itu, saya juga melihat betapa pendidikan agama perlu diutamakan di kalangan masyarakat. Ini perlu supaya masyarakat kita terkeluar dari amalan syirik dan khurafat. Saya melihat sekolah-sekolah agama juga perlu diperbanyakkan.

UB:       Apa lagi yang tuan haji rasakan perlu?

HK:       Kita perlu mengadakan pelan strategik untuk meningkatkan ekonomi, misalnya apa industri yang sesuai untuk masyarakat kita. Melalui SIRIM umpamanya, kita berusaha memartabatkan produk belacan di Pintasan, gula tebu di kampung Tamau, dan sebagainya. Banyak lagi yang kita boleh buat.Misalnya industri inap desa dan sebagainya. Ini sekadar contoh.

UB:       Bagaimana kita tahu kehendak dan keperluan masyarakat kita?

HK:       Saya fikir kita perlu juga membuat satu database atau pangkalan data, mengenai masyarakat kita dari segala aspek. Kita mesti ada data berapa dari masyarakat kita yang memiliki pelajaran tinggi, PhD, peguam,arkitek, jurutera, berapa orang yang jadi pendidik, tahap pendidikan, berapa yang bergantung kepada pertanian, berapa nelayan, berapa kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya. Saya melihat usaha pengumpulan data ini perlu dilaksanakan.

UB:       Mungkin ada lagi yang salah tafsir nanti

HK:       Banyak lagi yang perlu kita lakukan. Kita bukan ada kepentingan. Yang penting apa yang kita nyatakan itu perkara yang benar. Kita mahu menaikkan masyarakat kita standing dengan masyarakat lain. Katakan yang benar walaupun pahit. Jangan ada kebencian kepada pihak tertentu atau individu tertentu. Masyarakat kita kena matang.Kita jangan kutuk mengutuk antara satu sama lain hanya kerana berbeza pandangan dalam sesuatu.

UB:       Oh ya, ketika menyertai konvensyen antarabangsa beberapa tempat seperti Istanbul, Dubai, Manila yang pernah tuan haji hadiri itu, apa antara perkara yang ditimbulkan?

HK:       Antaranya mengenai isu kanak-kanak jalanan dan pelbagai topik lagi yang berkaitan.

UB:       Terima kasih tuan haji kerana dalam sudi memberi masa untuk bersembang-sembang secara santai. Kebetulan konsep ruangan Sembang Sabtu Utusan Borneo adalah agak santai. Mungkin lain kali, jika ada masa kita boleh bersembang lagi.

HK:       Terima kasih.

 

Kami tiba di Surau Kg Daranan menjelang asar setelah perjalanan termasuk rehat di Masjid Pekan Kudat kesemuanya mengambil tempoh 8 jam. Memang meletihkan tetapi program tetap diteruskan dengan persiapan untuk majlis ringkas penyampaian sumbangan sebelum maghrib. Kami dimaklumkan terdapat sekitar 700 penduduk beragama Islam di kampung ini namun menjangkakan sekitar 70-100 orang hadir sudah memadai.

Ketibaan kami disambut oleh seorang petugas Yayasan Amal Malaysia di pulau ini bersama seorang lagi sahabatnya. Mereka membuat persiapan dengan jemputan kepada penduduk kampung sebagaimana yang sudah dirancang lebih awal. Di sebelah surau baru ini ada sebuah surau lama yang dijadikan tempat jamuan makan dan dapur mereka. Beberapa kaum ibu dibantu oleh anak-anak remaja membantu membuat persiapan berbuka.

Sementara kami juga melakukan sedikit persiapan membahagi-bahagikan barang yang bakal disumbangkan kepada 200 bungkusan berisi kurma, ubat-ubatan dan sedikit wang raya. Ada lapan kotak berisi pakaian juga dikirimkan oleh sahabat di Kota Kinabalu untuk disampaikan kepada penduduk kampung yang memerlukan. Penyampaian ringkas dilakukan beberapa minit sebelum berbuka dan ketika itu kehadiran antara 70-100 orang penduduk kampung termasuk kanak-kanak, ketika generator baru dipasang dan dihidupkan kerana ketiadaan kemudahan elektrik.

Ketika berbuka, kami sungguh tidak menyangka menu yang kami anggap istimewa disediakan oleh penduduk kampung. Dalam cahaya lampu yang agak suram, mereka menyantuni kami pula dengan hidangan ketam, ikan putih, ubi pelbagai jenis dan nasi yang dibungkus dengan daunan sangat menyelerakan. Allah, sungguh mereka kaya jiwa dan budi bahasa terhadap tetamu jauh mereka  dengan makanan yang kami kira lebih mewah berbanding di rumah kami sendiri walaupun kehidupan mereka ramai yang susah dan sederhana.

Kami solat maghrib berjamaah dan saya menyampaikan sedikit tazkirah sebelum isyak dan tarawih. Selepas selesai kesemuanya kami berangkat kembali ke Pekan Karakit untuk bermalam di Masjid Daerah Kecil Pulau Banggi. Kunjungan ke kampung ini akan saya kenang sebagai pengalaman manis bersama umat Islam di sebuah pulau di hujung negeri Sabah. Insya Allah ada rezeki akan berziarah lagi.

 

Sudah beberapa kali saya terlepas peluang untuk berziarah ke pulau terbesar di Malaysia ini. Apabila Tuan Haji Abu Aslam mengajak berziarah dan jaulah dakwah ke pulau ini untuk menyampaikan bantuan umat Islam kepada sebahagian kecil penduduknya di Kampung Daranan, saya mengiyakan saja tanpa berfikir panjang. Ini adalah program jaulah dakwah Ramadhan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS dan JAKIM Cawangan Sabah.

Perjalanan kami terdahulu bermula sekitar jam 7.30 pagi dari Kota Kinabalu seramai 5 orang (Hj Abu Aslam, Dr Shafie, Nordin Sakke, Azman Talib dan saya) membawa sepuluh kotak berisi pakaian terpakai, 200 bungkusan ubatan asas, kurma dan sedikit wang sebagai sumbangan hari raya yang dikirimkan oleh ramai pihak di Kota Kinabalu. Perjalanan dengan kelajuan sederhana ke daerah Kudat sejauh 190 km memakan masa hampir 3 jam, sementara perjalanan dari tanah besar di Kudat ke Pulau Banggi pula mengambil masa 70 minit menaiki feri ekspess dengan tambang promosi sebanyak rm10 sahaja seorang.

Kami difahamkan ada beberapa feri ekspress yang membawa penumpang dua hala Kudat-Pulau Banggi-Kudat.  Kampung Daranan yang kami tuju ini memakan masa perjalanan 50 minit dari Pekan Karakit, Pulau Banggi. Perjalanan 15 minit pertama dari Pekan Karakit menuju ke lokasi agak selesa dengan jalanraya yang berturap kecuali sedikit yang rosak. Baki 35 minit berikutnya perjalanan dengan jalan tidak rata dan beralun-alun, sehingga kenderaan bergerak perlahan sahaja. Namun sesuatu yang sangat memukau ialah pemandangan indah di sepanjang perjalanan. Foto-fotonya saya kongsikan bersama di dalam entri ini dan entri berikutnya secara bersiri.

Pulau Banggi terletak di timur laut Kudat. Kudat ialah daerah paling utara di Sabah (atas sekali dalam peta Sabah). Keluasan Pulau Banggi ialah 440.7 km persegi. Penduduk utama pulau ini ialah suku kaum Ubian dan Dusun Bonggi diikuti oleh kaum-kaum lain seperti Bajau, Kagayan dan Suluk. Penduduk seluruh pulau ini tidak kurang daripada 20 ribu, dan daripada segi persempadanan pilihanraya, kawasan dewan undangan negeri mereka dinamakan sebagai DUN N1 Banggi dengan menggabungkan pulau dan sebahagian daerah Pitas di tanah besar.

Foto yang dirakam dalam entri ini adalah sepanjang perjalanan sebelum tiba ke Kampung Daranan. Program di kampung berkenaan akan disiarkan dalam entri berikut nanti.

Kami melalui sebuah rumah yang di aras bawahnya sebuah kedai runcit, diusahakan oleh orang Kelantan yang dikhabarkan berkahwin dengan orang pulau ini. Kelihatan bendera Kelantan.

%d bloggers like this: