Arnab (1)Arnab (2)Arnab (3)

 

Arnab di kampung masih ada, kini saya beli sekumpulan empat ekor arnab yang baru pula. Ia menjadi kegemaran saya dan keluarga. Anak-anak pun suka bahkan seperti sebahagian daripada kehidupan mereka apabila melihat arnab-arnab ini di kandang kawasan rumah. Saya merancang ada sedikit ruang di belakang rumah akan disediakan untuk habitat arnab-arnab ini.

Sejak dulu, menjadi rutin saya apabila balik lewat malam dan awal pagi untuk menjenguk arnab ini khususnya memastikan makan minumnya terjaga. Ia juga bagai terapi saya selepas keletihan berprogram sepanjang hari dan malam ‘bermesra’ dengan arnab-arnab ini.

Berdasarkan pengalaman kecil memelihara arnab sejak akhir 2006, arnab yang kerap saya belai biasanya tidak lari apabila saya menjenguk mereka. Sebaliknya arnab yang jarang saya belai, cepat-cepat lari apabila saya datang dan sukar mendapatkan mereka.