Archive for 23 Februari 2014


 

 

Alhamdulillah, misi pertama menyampaikan ceramah atas nama Darussyifa’ Sabah selesai di Masjid SMKA Mohammad Ali Ranau ini. Dalam masa yang sama, empat penceramah Darussyifa’ Sabah juga mengadakan misi yang sama di Masjid Pekan Ranau, Masjid Pekan Kundasang, Masjid Kg Lohan dan sebuah kampung lagi.

Antara misi ialah penjelasan asas pengubatan Islam khususnya kewujudan Darussyifa’ Sabah di Sabah. Kami pula dalam misi untuk mengadakan Kembara Pengubatan Islam Darussyifa’ Sabah di Masjid Pekan Ranau pada pagi ahad.

Berhadapan dengan para pelajar sebagai audien sangat penting bagi menjelaskan isu ini terhadap mereka, memandangkan mereka adalah generasi muda yang akan berada dalam masyarakat selepas ini wajar menunjukkan contoh terbaik dengan akhlak dan syariat Islam termasuk dalam hal-hal berkaitan gangguan makhluk halus dan penyakit yang lain dengan beramal dengan kaedah rawatan yang syarie.

SEMEKAR (1) SEMEKAR (2) SEMEKAR (3) SEMEKAR (4)

Durian Ranau (1) Durian Ranau (2)

Sebelum acara rasmi bermula, elok bawa anak-anak makan durian di tepi jalan. Tidak jauh dari Pekan Ranau. Sedap juga sekali sekala makan durian tepi jalan ni, ada durian putih dan kuning. Tapi kegemaran saya yang isi kuning. Bayarannya pun boleh tahan juga.. tapi yang penting anak-anak rasa seronok dan kenyang. Itulah kebahagiaan kami melihat anak-anak juga gembira.

 

 

 

%d bloggers like this: