Sekolah ini hanya pernah saya kunjungi sekali sebelum ini, itupun pada zaman belajar di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah sekitar tahun 93-94, apabila menjadi penyokong pasukan bola tampar sekolah sahaja.

Justeru, saya menganggap satu peluang yang sangat berharga apabila diundang ke SMK Majakir Papar membentangkan tajuk berkenaan kaedah menghafaz al-Quran di hadapan hampir 100 pelajar mereka. Apatah lagi undangan diterima daripada para asatizah di sini yang juga senior zaman persekolahan di Toh Puan dan di al-Azhar Mesir.

Selain membentang tentang kaedah menghafaz tersebut, sedikit ruang saya ambil untuk bercerita tentang Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah, satu institusi menghafaz al-Quran di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan syarat-syarat tertentunya. Alhamdulillah di atas kesempatan ini, walaupun saya dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan…

SMK MajakirSMK Majakir (1)SMK Majakir (2)SMK Majakir (3)SMK Majakir (4)SMK Majakir (5)SMK Majakir (6)SMK Majakir (7)SMK Majakir (8)